Marcos arah semua setiausaha kabinet letak jawatan
21 小时前
MANILA – Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos, meminta semua setiausaha kabinet mengemukakan peletakan jawatan secara hormat susulan prestasi buruk calon pentadbiran dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 12 Mei lalu, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut PCO, rombakan itu “bertujuan memberi ruang kepada presiden untuk menilai prestasi setiap jabatan dan menentukan siapa yang akan terus berkhidmat selaras dengan keutamaan baharu pentadbirannya yang disusun semula.”
“Tindakan ini menandakan peralihan jelas daripada fasa awal tadbir urus kepada pendekatan yang lebih fokus dan berorientasikan prestasi,” kata PCO.
PCO turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa sepanjang tempoh peralihan itu.
Marcos dipilih sebagai presiden pada 2022 dan masih mempunyai tiga tahun lagi sebelum menamatkan penggal enam tahunnya yang akan berakhir pada 2028.
Dalam pilihan raya baru-baru ini, hanya enam calon senator yang disokong Marcos memenangi kerusi Senat – satu pencapaian yang tidak memenuhi jangkaan. - Bernama-Xinhua...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️