Honor MagicBook Pro 14 Dilancarkan Pada Harga RM4999
18 小时前

Komputer riba ini dilengkapi dengan skrin 14″-inci” pada resolusi 3.1K, serta dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 5, memori 32GB, storan pula sebesar 1TB SSD dan bateri 92Wh. Dengan skrin ini pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan multimedia termasuk permainan pada resolusi cantik dan lancar. Kesemua komponen ini dimasukkan ke dalam tubuh yang hanya seberat 1.37 kilogram.

Honor mengatakan mereka turut mengintegrasikan sokongan AI dalam pelbagai pengoptimasian, membolehkan ia beroperasi lebih lama berbanding dengan MacBook Pro M4 yang terkini. Honor mengatakan model AI mereka mengenal-pasti senario penggunaan, dan seterusnya melakukan pengoptimasian pada sistem dan juga sumber perkakasan.

Honor MagicBook Pro 14 ini turut hadir dengan sokongan Honor Share yang memudahkan anda berkongsi fail dan dokumen, termasuk ke iPhone.
Di Malaysia Honor MagicBook Pro 14 dijual pada harga RM4999. Versi dengan Intel Ultra 9 nampaknya tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Komputer riba ini hanya akan mula dijual bermula 13 Jun 2025 dengan Honor menawarkan hadiah percuma bernilai RM508 dalam bentuk langganan Microsoft 365 selama setahun dan beg galas untuk komputer riba.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free