Wanita direman kes simbahan asid pemilik spa di Bachok

14 小时前

Wanita direman kes simbahan asid pemilik spa di Bachok

BACHOK: Seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, di sini Sabtu lepas direman lima hari bermula hari ini hingga 26 Mei.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi selepas membenarkan permohonan daripada polis bagi membolehkan wanita berusia 38 tahun itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, wanita terbabit yang memakai baju biru gelap, bertudung serta memakai pelitup separuh muka tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.17 pagi dengan diiringi anggota polis.

Pada Sabtu lepas, seorang peniaga wanita disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang, di sini.

Akibat serangan itu, mangsa melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki, bagaimanapun dia kini dilaporkan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description