Pentagon terima jet mewah Qatar

16 小时前

Pentagon terima jet mewah Qatar
WASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth menerima pesawat mewah Boeing 747 yang ditawarkan Qatar kepada Presiden Donald Trump untuk menggantikan pesawat rasmi, Air Force One, menurut Pentagon pada Rabu. “Ia melalui proses seperti ditetapkan peraturan dan undang-undang persekutuan. Jabatan Pertahanan akan memastikan langkah keselamatan yang betul dan keperluan misi berfungsi untuk mempertimbangkan ia sebagai pengangkutan rasmi Presiden,” ujar jurucakap Pentagon, Sean Parnell. Tawaran Doha itu yang bernilai ratusan juta dolar mencetuskan persoalan besar kerana dikhuatiri melanggar Perlembagaan. Piagam AS di bawah Fasal Emolumen melarang pegawai kerajaan menerima 'hadiah' daripada raja atau kuasa asing. Namun, Trump menafikan berlaku pelanggaran etika malah beliau menganggap ia adalah keputusan yang kurang bijak jika AS menolak jet mewah tersebut. Pada awal minggu lalu, pemimpin minoriti Demokrat di Senat AS, Chuck Schumer memperkenalkan undang-undang untuk menghalang Trump daripada menggunakan pesawat berkenaan. Akta Keselamatan Pengangkutan Udara Presiden itu bertujuan melarang Pentagon menyalahgunakan dana pembayar cukai untuk mengubah suai mana-mana jet milik kuasa asing dan dijadikan sebagai pesawat rasmi Presiden. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description