'Hubungan saya dengan Anwar baik, orang sekeliling saja cuba keruhkan' - Sanusi
17 小时前
LANGKAWI - Kemesraan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika majlis perasmian pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), pada Isnin mencuri perhatian ramai pihak.
Walaupun kedua-dua pemimpin itu sering digambarkan sebagai ‘bermusuh’ dari segi politik, pertemuan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan profesional, sekali gus menepis persepsi negatif yang sering dibangkitkan oleh pihak tertentu.
Selaku tuan rumah penganjuran antarabangsa itu, Muhammad Sanusi menyambut ketibaan Anwar dengan penuh profesional meskipun kedua-duanya merupakan jeneral perang parti politik berbeza.
Muhammad Sanusi ketika dihubungi berkata, hubungan beliau dengan Anwar sebenarnya tidak bermasalah seperti digembar-gemburkan pihak tertentu, sebaliknya sering disalahtafsir orang sekeliling yang cuba melaga-lagakan mereka.
“Hubungan saya dengan Anwar baik, orang sekeliling saja cuba keruhkan,” katanya ringkas.
Ketika ditanya mengenai perbualan santai kedua-dua pemimpin itu yang disusuli dengan ketawa besar, beliau hanya menjawab secara berseloroh.
“Biarlah rahsia, itu private,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, ada pihak ketiga yang sering melaporkan maklumat tidak tepat atau perkara negatif berkaitan dirinya kepada Anwar.
“Saya jumpa Anwar (sebelum LIMA), kata PM, ‘awat cengei (garang) sangat’, marah saya di PRK Ayer Kuning. Saya balas kepada Anwar, dalam sidang DUN baru-baru ini saya tabik spring banyak kali pada Anwar tetapi yang itu mereka tak lapor. Laporan yang dihantar hanya kutuk sahaja,” ujarnya.
Menurutnya, tindakan sebegini jelas bersifat tidak adil dan bertujuan mewujudkan ketegangan antara beliau dan pemimpin tertinggi kerajaan Persekutuan.
“Kalau benda baik, sepatutnya diberitahu juga kepada Perdana Menteri. Ucapan terima kasih atau pujian saya kepada Anwar tidak dilapor oleh mereka. Bila ceramah tak sebut nama PM pun, mereka kata saya kutuk Anwar. Cara itu tak betul,” katanya.
Muhammad Sanusi menyifatkan tindakan sebegitu oleh pihak tertentu sebagai ‘kerja promoter tinju’ yang sengaja mahu mencetuskan perbalahan.
“Buatlah kerja dengan betul. Tunjuk lah benda yang elok sama. Jangan tunjuk benda buruk sahaja. Tapi sebab orang nak pelaga kami, pergi tunjuk yang tak elok.
“Saya macam saya sahaja. Tak nak lebih, tak nak kurang. Yang betul saya kata betul, yang tak betul saya kata tak betul. Siapa nak kutuk, silakan. Di akhirat, masing-masing tanggung habuan sendiri,” katanya.
Sanusi tegaskan, beliau hanya bercakap berdasarkan fakta, tanpa niat memburukkan sesiapa, dan menyeru semua pihak bersikap adil dalam menyampaikan maklumat.
Sebelum ini Muhammad Sanusi pernah membangkitkan kewujudan 'little napoleon' yang cuba mengeruhkan hubungannya bersama Anwar.
Perkara itu didedahkan pada 27 April 2023, apabila Muhammad Sanusi mendakwa terdapat pegawai di Pejabat Perdana Menteri bertindak sebagai ‘little napoleon’ dalam urusan Kerajaan Madani.
Pihak berkenaan didakwa memainkan peranan merancang untuk menimbulkan perpecahan kalangan pemimpin yang menjadi sasaran, termasuk dirinya.
Beliau menyifatkan permainan politik ‘little napoleon’ amat bahaya kerana mencatur pergerakan dan hubungan pemimpin agar berlaku pertembungan atau tidak puas hati antara satu sama lain....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️