Pemandu p-hailing cedera diserang pelanggan gara-gara lambat 5 minit
1 天前
YOGYAKARTA – Seorang pemandu wanita p-hailing cedera selepas didakwa diserang oleh seorang pelanggan lelaki yang tidak berpuas hati kerana pesanan makanan dihantar lewat kira-kira lima minit.Mangsa dikenali sebagai Arzeto Duta, 25, telah memaklumkan kepada pelanggan berkenaan mengenai kelewatan penghantaran akibat masalah 'pesanan berganda' dan kesesakan lalu lintas.Namun, pelanggan lelaki berinisial T, yang mengaku sebagai pekerja syarikat pelayaran, didakwa bersikap kasar dan mula menengking mangsa.Insiden yang berlaku pada malam Khamis di kawasan Bantulan, Godean, Sleman itu telah mencetuskan kemarahan ratusan penghantar makanan yang bertindak menyerbu rumah pelanggan terbabit.Menurut laporan, teman wanita T, Ayuningtyas, 24, turut menjadi mangsa kekasaran.Rambutnya ditarik dan beliau didakwa diseret, menyebabkan kecederaan fizikal dan trauma emosi.Susulan kejadian, Ayuningtyas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Sleman awal pagi Jumaat.Pada malam keesokannya, ratusan pemandu p-hailing berhimpun di hadapan rumah T sebagai tanda solidariti dan untuk menuntut keadilan.Polis kemudiannya mengarahkan kumpulan tersebut beralih ke balai polis bagi mengelakkan kekacauan.Di Mapolresta Sleman, T tampil membuat laporan balas dan meminta perlindungan.Difahamkan, beliau akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan komuniti penghantar makanan sebelum mereka bersurai secara aman.Jurucakap Polis Sleman, AKP Wahyu Agha Ari Septyan memaklumkan bahawa situasi kini terkawal dan semua pihak yang terlibat disarankan membuat laporan secara sah agar siasatan dapat dijalankan dengan telus. – Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️