Johor diminta pertimbang status kekal tanah rizab Melayu

21 小时前

Johor diminta pertimbang status kekal tanah rizab Melayu
JOHOR BAHRU - Lima usul berkaitan masa depan dan pemerkasaan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Johor berjaya dimuktamadkan dalam satu sesi perbincangan yang disertai kampung-kampung Melayu bawah status TRM di daerah Johor Bahru dan Kulai.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak TRM Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, antara usul utama yang dicapai ialah meminta kerajaan negeri menimbangkan secara serius permohonan penukaran status TRM Hakmilik Pajakan (leasehold) kepada status TRM Hakmilik Kekal (freehold)."Langkah itu selari dengan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang memberi jaminan pemilikan tanah rizab Melayu selama-lamanya kepada orang Melayu."Usul kedua pula ialah memohon kerajaan Johor menimbangkan penukaran status Hakmilik Pajakan 99 tahun kepada Hakmilik Selama-lamanya bagi enam taman perumahan di bawah Parlimen Pulai iaitu Taman Dahlia, Taman Siantan, Taman Kemas, Taman Rumah Mara, Taman Desa Rahmat dan Taman Orkid Tampoi," katanya.Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas selesai sesi meja bulat di sebuah hotel di Iskandar Puteri yang menghimpunkan wakil-wakil kampung Melayu bawah status TRM di daerah Johor Bahru dan Kulai, termasuk wakil enam taman perumahan berkenaan.Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Melayu Majidee, Kampung Skudai Kiri, Kampung Pasir, Jalan Denai Kempas, Jalan Lurah Kempas, Kampung Melayu Batu 10 Skudai, Kampung Melayu Ulu Choh, Kampung Bukit Tempurung dan Kampung Pendas Baru.Dzulkefly yang juga bekas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor berkata, dalam usul ketiga, pihaknya mencadangkan kerajaan Persekutuan mengenal pasti model pembangunan TRM yang sesuai melalui kerjasama dengan Kerajaan Johor tanpa meminggirkan pemilik asal tanah."Model pembangunan ini perlulah bersifat menang-menang antara kerajaan dengan pemilik tanah," katanya.Menurutnya, perbincangan turut mencapai usul keempat supaya Kerajaan Johor terus komited menambah keluasan TRM melalui dasar proaktif, khususnya menggunakan Seksyen 5 dan 6 Enakmen Rizab Melayu (ERM) Johor 1936 serta Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan."Sementara usul kelima pula mencadangkan supaya digubal Pelan Induk TRM Nasional sebagai rujukan umum negeri-negeri, selain membangunkan Sistem Pangkalan Data TRM Berpusat dan Model Pembangunan Strategik TRM merangkumi sektor perumahan, perniagaan, pendidikan serta perindustrian," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description