MATTA perlu main peranan bawa pelancong luar masuk negara - Exco Perak
1 天前
IPOH - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) perlu memainkan peranan lebih besar dalam menarik kemasukan pelancong asing ke dalam negara, kata Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee.Beliau berkata, sudah tiba masanya MATTA mengambil tanggungjawab seimbang dan tidak hanya menjadi platform mempromosikan pelancongan ke luar negara agar sektor tersebut dapat memberi manfaat ekonomi secara menyeluruh."Kebiasaannya, pameran seperti dianjurkan MATTA banyak mempromosikan pakej pelancongan ke luar negara dan itu menyebabkan wang rakyat Malaysia mengalir keluar. Daripada sudut ekonomi nasional, itu satu kerugian."Justeru, kita minta MATTA juga bantu promosi pelancongan ke dalam negara, termasuk ke negeri Perak. Kita mahu ada keseimbangan, bukan sekadar rakyat kita ke luar negara, tetapi juga pelancong luar masuk ke sini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Perak di Pusat Konvensyen Ipoh pada Sabtu.Hadir sama, Pengerusi MATTA Fair Perak, Wendy Shin.Pameran dua hari hingga Ahad itu menghimpunkan lebih 130 reruai yang mewakili lebih 30 pemain industri pelancongan dari dalam dan luar negara, termasuk ejen pelancongan, agensi kerajaan, penyedia hotel serta produk pelancongan tempatan.Sze Yee berkata, dalam konteks perdagangan dan pelancongan, tidak wajar hanya bergantung kepada ‘satu hala’ iaitu rakyat tempatan melancong keluar, tanpa usaha agresif membawa masuk pelancong asing ke Malaysia dan ke destinasi seperti Perak."Kalau kita hanya asyik bawa rakyat kita keluar melancong, tanpa pelancong asing masuk, ia akan jadi tidak seimbang. Kita mahu kedua-dua arah ini berjalan serentak," katanya.Beliau memaklumkan bahawa pihak MATTA telah memberi jaminan untuk mempertingkatkan usaha dalam aspek ini, termasuk menjalin kerjasama lebih rapat dengan pengendali pelancongan luar negara bagi mempromosi Perak sebagai destinasi menarik.Dalam masa sama, Sze Yee berkata, kerajaan negeri turut memperkukuh kerjasama strategik bersama Tourism Selangor dan Tourism Pulau Pinang dalam menyusun pakej pelancongan silang negeri yang menjadikan Perak sebagai destinasi persinggahan wajib.Katanya, dengan adanya pakej seperti 'Pulau Pinang + Perak' dan 'Selangor + Perak', negeri ini boleh dimasukkan secara rasmi dalam rangka lawatan pelancong asing."Contohnya, pelancong mendarat di Pulau Pinang dan menginap di sana, tetapi semasa lawatan sehari, mereka turut melawat Taiping, Kuala Kurau dan Kuala Kangsar."Begitu juga pelancong Selangor yang berkunjung ke Cameron Highlands mereka boleh singgah berkunjung dan bermalam di Ipoh."Ini penting supaya kehadiran mereka dapat direkod dan memberi kesan ekonomi kepada Perak," ujarnya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️