Tentera Thailand diberi kuasa pintas dron tanpa amaran - Laporan
1 天前
BANGKOK - Tentera dan polis Thailand kini diberi kuasa untuk memintas dan memusnahkan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) tanpa sebarang amaran dalam tempoh larangan penggunaan dron yang sedang berkuat kuasa, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik siaran Thai PBS pada Sabtu.Menurut laporan itu, larangan penggunaan dron di seluruh negara berkuat kuasa mulai 29 Julai, dan langkah baharu itu telah diperkenalkan di dua wilayah tentera termasuk kawasan sempadan Thailand-Kemboja.Bagi wilayah lain, keputusan untuk memusnahkan dron akan dibuat sekiranya kepimpinan tentera atau polis menganggap tindakan itu wajar.Warga Thailand turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada kerana perisik asing didakwa menggunakan dron untuk tujuan pemantauan dan pemindahan maklumat sulit.Orang ramai digalakkan melaporkan sebarang penggunaan dron yang mencurigakan.Di Thailand, perbuatan mengintip, terutama ketika undang-undang tentera dikuatkuasakan, merupakan kesalahan jenayah serius yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman mati, menurut siaran itu lagi.Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja memuncak kepada pertempuran bersenjata pada 24 Julai, dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan artileri.Kemboja didakwa menggunakan sistem pelancar roket Grad termasuk terhadap sasaran awam di Thailand, manakala Thailand melancarkan serangan udara ke atas kedudukan tentera Kemboja.Kedua-dua negara melaporkan korban jiwa termasuk dalam kalangan orang awam.Pada Isnin, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta selepas mesyuarat khas antara Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di Putrajaya dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pengantara. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️