Pemasangan bendera One Piece cetus kontroversi di Indonesia

1 天前

Pemasangan bendera One Piece cetus kontroversi di Indonesia
JAKARTA – Tindakan segelintir individu di Indonesia yang menggantung bendera cetakan siri animasi Jepun, One Piece menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-80 negara itu mengundang kecaman dan amaran keras pihak berkuasa.Bendera berwarna hitam dengan lambang tengkorak dan tulang bersilang itu, yang sinonim dengan watak utama One Piece, Monkey D Luffy, dikesan dikibarkan di beberapa kediaman, kenderaan dan lokasi awam lain, malah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.Bagi sesetengah pihak, ia disifatkan sebagai simbol perlawanan terhadap kezaliman dan ketidakadilan. Namun bagi kerajaan, ia satu bentuk provokasi yang boleh memecahbelahkan rakyat.Seorang peminat tegar One Piece, Bayu, 36, berkata, tindakan itu lahir daripada rasa kecewa terhadap keadaan negara yang semakin tidak menentu."Yang benar dihukum, yang salah bebas. Kami kibarkan bendera ini sebagai simbol penentangan terhadap kezaliman. Ini bukan bendera pemberontakan, tetapi tanda protes," katanya kepada media tempatan pada Sabtu.Menurutnya, watak Luffy menjadi inspirasi kerana memperjuangkan kebebasan dan melawan kezaliman pemerintah dalam cerita itu."Selagi kami masih mengibarkan Jalur Merah Putih (bendera rasmi Indonesia), kenapa bendera One Piece ini mahu diharamkan?" soalnya.Satya, 32 (bukan nama sebenar), turut mengakui menggantung bendera tersebut di rumahnya sebagai tanda bantahan terhadap kemerosotan integriti kepimpinan negara."Ini cara kami luahkan rasa tak puas hati terhadap sistem pemerintahan yang pincang sejak era reformasi. Kami tak benci negara, kami benci penindasan," katanya.Beliau menjelaskan, semangat dalam One Piece itu menggambarkan keberanian menentang pemerintah yang zalim demi membela rakyat tertindas."Kami bukan mahu menumbangkan negara. Kami sayang tanah air ini. Tapi kalau rakyat terus membisu, sampai bila keadaan akan berubah?" soalnya lagi.Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad memberi amaran bahawa pengibaran bendera berkenaan adalah cubaan menggugat perpaduan nasional."Kami mendapat maklumat dari pihak risikan bahawa ada usaha terancang untuk menimbulkan kekacauan," katanya dalam satu sidang media di Kompleks Parlimen, Jakarta, Khamis lalu.Beliau menyeru rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan simbol-simbol yang boleh memecahbelahkan perpaduan."Dalam suasana negara sedang membangun, kita perlu bersatu. Jangan terikut-ikut dengan agenda yang boleh merosakkan negara," tegasnya.Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Budi Gunawan pula menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati nilai sejarah dan simbol kenegaraan."Jalur Merah Putih ialah simbol harga diri bangsa. Jangan sesekali merendahkan martabat negara dengan bendera tidak relevan," katanya seperti dilaporkan Antaranews.Namun, beliau turut mengingatkan bahawa kebebasan bersuara haruslah dipandu dengan etika serta hormat terhadap simbol negara. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description