Amanz

3 天前

Amanz
WhatsApp mula menguji ciri baharu yang membolehkan mereka boleh hilang secara automatik selepas tempoh tertentu. Sebelum ini, status ‘About’ yang ditulis pengguna akan kekal di profil selagi tidak ditukar secara manual yang menyebabkan maklumat lama terus dipaparkan.

Kini dengan ciri baharu ini, pengguna boleh menetapkan pemasa untuk status dengan ia akan dipadam secara automatik selepas masa yang dipilih. Ciri ini membolehkan pengguna memilih tempoh seperti 30 minit, satu jam, sehari atau menetapkan sesuatu tempoh sehingga satu bulan.

Status yang ditetapkan akan dipaparkan di bahagian atas ruang perbualan dan berganti-ganti dengan ‘Last Seen’ lantas membolehkan kenalan melihat status semasa dengan lebih mudah. Pengguna juga boleh menambah emoji untuk menggambarkan mood mereka untuk menjadikan status lebih menarik.

Selepas tamat tempoh, status akan hilang daripada paparan umum tetapi akan disimpan dalam sejarah status yang boleh diakses oleh pemilik akaun. Pengguna juga boleh mengubah atau memadam status sebelum tempoh tamat jika mereka mahu.

Buat masa ini, ia tersedia kepada sebahagian pengguna beta dan akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna secara berperingkat dalam masa terdekat.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description