Feruni memperkenalkan ‘The Transformative Power of Art'
10 小时前
PETALING JAYA – Feruni, jenama peneraju dalam industri jubin Malaysia, sekali lagi mencipta kejutan dengan membawa ekspresi seni ke tahap baharu menerusi pelancaran terbaharunya bertemakan The Transformative Power of Art.Majlis pelancaran penuh pengalaman ini diadakan di ibu pejabat Feruni, di sini pada Khamis, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan jenama ini.Pelancaran ini menyusul selepas penyegaran semula jenama tahun lalu dengan tema Discover New Art Forms, satu langkah berani yang mengukuhkan misi Feruni untuk menjadi pengeluar jubin paling disruptif di dunia.Lebih daripada sekadar jubin, inisiatif penjenamaan ini memperlihatkan komitmen Feruni dalam mengubah ruang, memberi inspirasi kepada pelanggan, membawa kegembiraan kepada warga kerjanya, memperkaya komuniti, serta menyuntik elemen seni, keindahan dan inspirasi dalam setiap perkara yang dilakukan.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Feruni, Datuk C.C. Ngei, tahun ini Feruni menampilkan kerjasama kreatif bersama artis tempatan dan memperkenalkan hala tuju reka bentuk baharu menerusi rangkaian koleksi jubin yang memukau, berpaksikan keyakinan bahawa seni bukan sekadar estetik, tetapi sebuah kuasa yang menghubungkan, mengekspresikan dan mengubah, untuk dirasai serta dihayati setiap hari.Jelas beliau yang juga seorang usahawan pemenang anugerah yang berpandangan jauh, sebagai jenama yang berteraskan transformasi, Feruni melihat kolaborasi bersama artis tempatan membawa makna yang besar," kata beliau sebagai"Kerjasama ini melangkaui aspek reka bentuk, ia membentuk budaya, memberi impak kepada masyarakat, dan mempengaruhi cara kita membentuk ruang hidup dan bekerja – menjadikan setiap ruang sebagai pengalaman yang bermakna," ujarnya.Koleksi baharu ini mengangkat falsafah The Art and The Artist yang meraikan gabungan kreativiti dan pertukangan halus.Setiap karya bukan sahaja mempamerkan inovasi reka bentuk dan ekspresi seni, malah membawa perspektif unik para artis, menjadikan setiap jubin sebagai hasil seni yang penuh nilai.Salah satu kolaborasi yang menjadi tumpuan ialah bersama pengasas Novak Batik, Farah Mohan, yang menggabungkan keindahan tekstil warisan Malaysia dengan kanvas moden jubin.Koleksinya, Tutur Alam (Nature’s Speech), menghidupkan semula jiwa batik tradisional dengan sentuhan kontemporari. Diilhamkan oleh lagu rakyat Melayu "Bangau Oh Bangau", koleksi ini berpusat pada karya naratif yang disokong oleh tiga reka bentuk modular.Ujarnya, karya itu dihasilkan bersama Studio Feruni, setiap rekaan mengalunkan ritma lagu tersebut melalui bentuk abstrak yang mencerminkan alam, kenangan dan emosi."Seni mengubah tetapi tradisi mengakar, dan saya percaya batik mengandungi kedua-duanya. "Feruni membuktikan batik tidak semestinya kekal di atas kain – ia boleh menghiasi dinding, lantai dan ruang yang kita lalui setiap hari," jelas Farah.Kolaborasi lain menampilkan studio kreatif terkenal, Loka Made, dengan koleksi Mosaic of Harmony. Koleksi mural ini mengabadikan semangat Malaysia melalui ilustrasi penuh butiran yang menggambarkan keharmonian budaya, detik harian dan identiti bersama.Karya mural berukuran 2.4m x 6m ini, dihasilkan oleh Studio Feruni menggunakan teknik ukiran tangan yang rumit, telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Mural Ukiran Jubin Terbesar di Malaysia semasa majlis pelancaran."Kami sudah lama mengagumi komitmen Feruni terhadap pertukangan berkualiti serta eksplorasi mereka dalam seni dan seramik."Sokongan mereka membolehkan kami menampilkan ilustrasi kami pada skala lebih besar dan dalam bentuk yang benar-benar berimpak," ujar pasukan Loka Made.Selain kolaborasi artis, pelancaran ini turut memperkenalkan koleksi baharu dari Studio Feruni, termasuk Feruni Maxima Porcelain Slabs yang direka dengan teknologi dan inovasi terkini. Bertemakan Scale of Perfection, koleksi ini meraikan transformasi slab bersaiz besar (1600mm × 3200mm) kepada jubin versatil bersaiz 600mm × 600mm yang lebih halus dan praktikal.Sebagai sebahagian strategi pertumbuhan, Feruni akan terus mengembangkan kolaborasi rentas industri dengan artis dan pereka tempatan, serta merancang untuk memasuki pasaran baharu secara berfasa – bermula di Asia Tenggara, kemudian Asia dan seterusnya ke peringkat global.Feruni juga akan memperkenalkan konsep Feruni Retail Store 2.0 yang akan dilaksanakan di ibu pejabat terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kolaborasi seni dan koleksi jubin terbaharu Feruni, layari www.feruni.com....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️