Perceraian, keganasan dan kemiskinan: Laporan dedahkan jurang keadilan untuk wanita dalam keluarga (Malay/English)
1 天前
[ENGLISH VERSION BELOW] Wanita dan kanak-kanak terus menderita akibat penguatkuasaan yang lemah di mahkamah Syariah Malaysia, menurut Laporan Telenisa 2024 yang dikeluarkan hari ini oleh SIS Forum (Malaysia).
Laporan ini berdasarkan daripada 188 klien yang menerima khidmat bantuan guaman percuma Telenisa tahun lalu, mendedahkan kesukaran berkaitan nafkah anak, perceraian, hak penjagaan dan keganasan rumah tangga.
Telenisa, klinik guaman percuma SIS Forum, telah berkhidmat kepada 188 klien pada tahun 2024, dengan 92% daripadanya adalah wanita, dan kebanyakannya daripada isi rumah berpendapatan rendah. Suri rumah (49), ibu tunggal, serta wanita yang sedang melalui proses perceraian membentuk sebahagian besar klien – ramai daripada mereka masih bergantung secara kewangan.
“Kesukaran yang dialami oleh klien kami menunjukkan satu perkara yang jelas: wanita dan kanak-kanak terjejas akibat daripada kelemahan penguatkuasaan perintah nafkah serta jurang dalam sistem keadilan kita. Tanpa reformasi seperti penubuhan agensi sokongan kanak-kanak (child support agency) dan proses yang lebih jelas untuk mendapatkan hak kewangan yang sepatutnya diterima oleh wanita dan kanak-kanak, keluarga akan terus menderita dalam diam,” kata Rozana Isa, pengarah eksekutif SIS Forum (Malaysia).
Dapatan utama Cadangan Trend perceraian: Penemuan Telenisa 2024Statistik Telenisa 2024 mendapati tiga punca utama perceraian dalam kalangan wanita Muslim di Malaysia ialah:
Dapatan ini menunjukkan bahawa perceraian bukan sekadar akibat daripada “perbezaan yang tidak dapat didamaikan”, tetapi mencerminkan cabaran struktur yang lebih mendalam.
Masalah komunikasi menuntut kesedaran lebih tinggi tentang kesejahteraan emosi dan psikologi dalam rumah tangga.
Tekanan kewangan pula menonjolkan bagaimana ketidakstabilan ekonomi menjejaskan keluarga – khususnya apabila wanita bergantung kepada suami yang gagal memberikan nafkah secukupnya.
Paling membimbangkan adalah keganasan rumah tangga yang terus menjadi punca utama perceraian, membuktikan masih ramai wanita terpaksa memilih antara keselamatan diri atau meneruskan perkahwinan yang berbahaya.
Sis Forum (Malaysia) menegaskan bahawa isu-isu ini perlu ditangani bukan sahaja di peringkat keluarga, tetapi juga melalui pembaharuan sistemik. Polisi yang menguatkuasakan perintah nafkah, memperluas bantuan guaman, serta memperkukuh sokongan kepada mangsa keganasan amatlah mendesak.
Sistem keadilan yang berteraskan maqasid al-shari‘ah (objektif undang-undang Islam) mestilah mengutamakan kemuliaan insan, keselamatan dan kesejahteraan wanita serta kanak-kanak.
“Keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang dinafikan. Untuk setiap kes yang kami rekodkan, masih ramai wanita yang tidak mampu tampil ke hadapan. Reformasi dalam penguatkuasaan, bantuan guaman dan mekanisme perlindungan bukanlah pilihan – ia keperluan mendesak jika kita benar-benar serius tentang keadilan dan belas ihsan dalam sistem Syariah,” ujar Rozana Isa, pengarah eksekutif SIS Forum (Malaysia). – SIS Forum (Malaysia)
English version
Divorce, violence and poverty: Report exposes gaps in justice for women in the familyWomen and children continue to suffer from weak enforcement in Malaysia’s Sharia courts, according to the Telenisa 2024 Report recently released by SIS Forum (Malaysia).
The report, based on 188 clients served by SIS’s free legal clinic last year, reveals struggles with child maintenance, divorce, custody and domestic violence.
Telenisa, SIS Forum’s free legal clinic, served 188 clients in 2024, with 92% being women, most from low-income households. Housewives (49), single mothers, and women undergoing divorce proceedings made up a significant portion of clients, many of whom remain financially dependent.
“The struggles faced by our clients show one thing clearly: women and children are paying the price of weak enforcement of maintenance orders and the gaps in our justice system. Without reforms like a child support agency and more concrete and clear processes and procedures of receiving what women and children are entitled to financially, families will continue to suffer in silence,” said Rozana Isa, the executive director of SIS Forum (Malaysia).
Key findings Recommendations Divorce trends from Telenisa 2024 findingsThe latest Telenisa 2024 Statistics reveal that the top three reasons for divorce among Muslim women in Malaysia are:
These findings highlight that divorce is not simply the result of irreconcilable differences, but often a reflection of deeper structural challenges faced by women in marriage.
Communication breakdown points to the need for greater awareness of emotional and psychological wellbeing within marriage.
Financial struggles show how economic insecurity can strain families, especially where women are dependent on spouses who fail to provide adequate nafkah (maintenance).
Most alarming is the persistence of domestic violence as a driver of divorce, showing that too many women are still forced to choose between safety and staying in a harmful relationship.
SIS Forum (Malaysia) stresses that these issues must be addressed not only within families but also at the systemic level. Policies that enforce maintenance orders, strengthen legal aid access, and expand support services for survivors of violence are urgently needed.
A compassionate justice system, rooted in the maqasid al-shari‘ah (objectives of Islamic law), must prioritise the dignity, safety and wellbeing of women and children.
“Justice delayed is justice denied. For every case we record, there are many more women who cannot come forward. Reforms in enforcement, legal aid and protection mechanisms are not optional – they are essential if we are serious about justice and compassion in our Sharia system,” Rozana said. – SIS Forum (Malaysia)
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free