Amanz

1 天前

Amanz
Spotify dilihat hadir dengan senarai lagu yang sangat banyak dan boleh dinikmati oleh sesiapa pun, tidak kira mereka pelanggan berbayar ataupun tidak. Baru-baru ini, mereka telah akhirnya mengesahkan bahawa penstriman nirhilang (lossless streaming) akan disokong pada platform tersebut tidak lama lagi.

Terkini, Spotify juga telah mengemaskini penawaran pengguna percuma mereka untuk membenarkan mereka memainkan mana-mana lagu dalam senarai main tanpa perlu memainkan satu-persatu lagu lebih awal seperti sebelum ini. Pengguna percuma masih terhad kepada enam skip setiap jam, tetapi kini boleh memilih terus lagu yang mahu dimainkan.

Pengiklanan dalam aplikasi dan sebagainya juga masih lagi dimainkan sebelum dan selepas lagu, tetapi kini sekurang-kurangnya pengguna boleh terus memilih lagu yang mahu dimainkan dengan cepat dengan had yang ditetapkan.

Spotify mengatakan ciri ini sudahpun mula diperkenalkan kepada semua pengguna percuma bermula hari ini, dan para pengguna percuma boleh mencubanya dengan segera. Beberapa pengguna mungkin perlu menunggu sedikit, tetapi ia akan diperlihatkan setelah anda mengemaskini aplikasi penstriman audio tersebut.

Engadget ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description