Pura-pura jadi mangsa rompakan selepas bunuh isteri
20 小时前
JAKARTA – Seorang lelaki, Wadison Pasaribu, 32, didakwa di Mahkamah Negeri (PN) Serang pada Selasa atas tuduhan melakukan pembunuhan terancang terhadap isterinya, Petri Sihombing, awal Jun lalu di rumah mereka di Perumahan Puri Anggrek, Kelurahan Teritih, Kecamatan Walantaka, Kota Serang.Sidang pertama perbicaraan berlangsung pada Selasa, 17 September 2025, dengan agenda pembacaan dakwaan oleh Pendakwa Raya Jaksa Penuntut Umum (JPU) Kejari Serang, di hadapan panel hakim yang dipengerusikan Mochamad Ichwanudin.Menurut dakwaan, Wadison akan dikenakan hukuman di bawah Pasal 340 KUHP (Undang-Undang Jenayah Indonesia) kerana Pembunuhan Berencana, dan/atau Pasal 338 KUHP, serta Pasal 44 ayat 3 Undang-Undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga.Pendakwa raya menyatakan bahawa tertuduh dengan sengaja dan merancang terlebih dahulu untuk 'mengambil' nyawa isterinya.Siasatan mendapati bahawa rancangan jenayah itu bermula sehari sebelum kejadian, apabila Wadison bertemu kekasihnya, Rani Herlina, di Lebak.Rani mendesak supaya segera dinikahi, sekali gus mendorong Wadison merancang untuk menyingkirkan isteri sahnya. Suspek turut merancang senario berlakunya rompakan rumah bagi menutup jejak jenayah.Pada malam 31 Mei 2025, selepas anak-anak mereka tidur, Wadison menjerut leher Petri menggunakan tali yang telah disediakan. Mangsa sempat melawan dan menjerit, namun mulutnya ditekap sehingga tidak berdaya.Jaksa menyatakan, "Wadison mengambil kain kelambu dari tempat tidur dan melilitkannya pada wajah dan mulut isterinya. Lebih kurang sepuluh minit kemudian, Petri meninggal dunia akibat jerutan tersebut."Selepas membunuh isterinya, Wadison mengikat tubuh mangsa, merosakkan telefon bimbit, dan membuang barang kemas milik Petri. Suspek juga mencederakan diri sendiri bagi menimbulkan alibi seolah-olah beliau turut menjadi mangsa rompakan.Keesokan harinya, Wadison berpura-pura terikat dalam guni, yang ditemui oleh anak-anaknya sebelum meminta bantuan jiran.Bagaimanapun, hasil bedah siasat di Hospital Bhayangkara mengesahkan Petri meninggal dunia akibat mati lemas kerana jerutan di leher, sekali gus mendedahkan helah Wadison.Selepas dakwaan dibacakan, peguam Wadison menyatakan bahawa suspek tidak akan mengemukakan hujahan bantahan awal.Sidang akan diteruskan pada minggu depan dengan agenda pemeriksaan saksi-saksi. Wadison kini berdepan hukum yang berat sekiranya didapati bersalah.-Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️