Pembangunan Kampong Bharu: Pas gesa kerajaan rangka pelan pembangunan holistik
12 小时前
SHAH ALAM- [DIKEMAS KINI] Pas menggesa kerajaan dan pemaju merangka pelan pembangunan yang holistik, adil serta memberi manfaat jangka panjang kepada orang Melayu di Kuala Lumpur.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, ia seiring dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengenai isu pembangunan semula tanah di Kampong Bharu, Kuala Lumpur.Beliau berkata, titah Tuanku jelas menegaskan bahawa pembangunan mesti berhemah, teliti dan mendahulukan kepentingan orang Melayu."Oleh itu, Pemuda Pas Selangor berpandangan sebarang pembangunan Kampong Bharu hendaklah menepati tiga asas utama iaitu menjamin hak pemilikan Melayu yang asal tidak tergugat dan melibatkan semua pihak berkepentingan secara telus agar tidak menindas penduduk setempat."Selain itu, kerajaan perlu menelitit dan menjadikan pembangunan berimbang antara kemajuan ekonomi dan pemeliharaan warisan sejarah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah Mohamed Sukri, Kampong Bharu bukan sekadar penempatan, tetapi simbol sejarah, maruah dan warisan bangsa sejak lebih 100 tahun lalu."Kami akan terus bersama rakyat mempertahankan Kampong Bharu sebagai benteng sejarah dan simbol kebangkitan Melayu," ujarnya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️