Thailand-Kemboja bergolak lagi

10 小时前

Thailand-Kemboja bergolak lagi
PHNOM PENH - Konflik kembali memuncak di sempadan selepas Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet mendakwa Thailand menghalang lebih 20 keluarga kembali ke kampung halaman mereka di kawasan perbatasan yang menjadi pertikaian sejak beberapa bulan lalu.Dakwaan itu dibuat menerusi surat dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Khamis, kira-kira dua bulan selepas perjanjian gencatan senjata dicapai bagi meredakan ketegangan di sempadan yang telah meragut 43 nyawa."Tentera Thailand bertindak mendirikan pagar kawat berduri dan penghadang serta mengusir orang awam secara dipaksa dari kawasan yang telah sekian lama didiami mereka di dua perkampungan di wilayah Banteay Meanchey sejak bulan lalu."Ratusan lagi isi rumah diancam langkah pengusiran tersebut. Askar mereka juga mahu merampas kawasan di 17 lokasi lain di sepanjang sempadan," menurutnya.Beliau turut meminta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN supaya mendesak Bangkok agar tidak menggunakan kekerasan terhadap orang awam dan menghentikan rancangan pengusiran paksa.Tentera Thailand dikatakan bertindak menghalang akses itu selepas ia menuduh kumpulan orang awam tersebut 'menceroboh' wilayah negara berkenaan.Pada Rabu, tembakan peluru getah dan pemedih mata dilepaskan ke arah ratusan penunjuk perasaan yang terlibat bantahan di perkampungan sempadan yang didakwa turut mencederakan hampir 30 orang.Sementara itu, jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree menjelaskan, orang awam yang terbabit insiden protes itu telah menduduki tanah negara itu secara haram untuk tempoh yang lama. - AFP...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description