Amanz

1 天前

Amanz
Medan magnetik bumi ialah hanya 50 microtesla (0.00005 T) yang adalah sekitar 60,000 kali lebih rendah berbanding mesin MRI. Walaupun tidak berkuasa tinggi, medan magnet ini bertanggungjawab melindungi bumi daripada angin suria dan sinaran kosmik yang boleh menyebabkan kehilangan atmosfera bumi.

Kekuatan magnet MRI mungkin 60,000 kali ganda lebih tinggi daripada bumi tetapi ahli fizik dari Institut Fizik Plasma Akademi Sains China (CAS) di Hefei, China telah elektromagnet dengan kekuatan 35.1 Tesla atau bersama 702,000 kali ganda kekuatan medan magnet bumi. Ini menjadikannya medan magnet paling kuat pernah dihasilkan dan memintas rekod 32.35 Tesla yang dicatatkan oleh mereka sendiri sebelum ini.

Elektromagnet dengan medan magnet yang kuat ini dibangunkan bagi merealisasikan impian membangunkan stesen janakuasa pelakuran nuklear yang bersih. CAS terlibat dalam usaha membangunkan Reaktor Eksperimen Termonuklear Antarabangsa (ITER) yang merupakan reaktor pelakuran nuklear terbesar dunia yang dilengkapi tokamak. Plasma yang lebih panas daripada permukaan matahari diperlukan untuk pelakuran nuklear dan medan magnetik diperlukan untuk mengawalnya.

Satu gram bahan api deuterium dan tritium yang dilakukan dalam reaktor boleh melepaskan kuasa yang sama seperti pembakaran 11 ton arang batu. Pelakuran nuklear ialah harapan manusia untuk mencari sumber tenaga yang lebih selamat, tidak mencemarkan dan hampir tiada had.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description