Amanz

1 天前

Amanz
HONOR telah memperkenalkan telefon pertengahan baharu, HONOR X9d 5G sebagai kesinambungan kepada model HONOR X9c yang menerima sambutan hangat di Malaysia. Dengan peningkatan dari segi prestasi, ketahanan dan ciri pintar, HONOR X9d 5G hadir sebagai pilihan lebih menyeluruh untuk pengguna masa kini.

Pra-tempahan HONOR X9d 5G juga telah habis terjual melebihi jangkaan lantas membuktikan sokongan pengguna yang luar biasa. Jika anda terlepas peluang tersebut, nantikan kemunculan semula bermula 10 Oktober.

Jadi, apakah peningkatan sebenar yang dibawa oleh model ini dan sejauh mana ia berbaloi untuk dimiliki? Mari kita lihat ciri-ciri utama yang menjadikan HONOR X9d 5G lebih menonjol berbanding pendahulunya. 

Siap Sedia Hadapi Cabaran Harian

HONOR X9d hadir dengan peningkatan ketara berbanding model sebelumnya iaitu HONOR X9c yang diperkenalkan pada tahun lalu. Salah satu ciri utama yang ditambah baik ialah teknologi Ultra Bounce Anti Drop 3.0 yang membolehkan peranti terus berfungsi dengan lancar walaupun terjatuh secara tidak sengaja.

Reka bentuk kerangkanya pula diinspirasikan daripada bahan kalis peluru dan dilengkapi dengan enam lapisan perlindungan menyeluruh. Ciri ini menjadikan HONOR X9d lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai situasi harian yang tidak dijangka. Sama ada terlepas dari genggaman atau terjatuh ketika bergerak, pengguna tidak perlu merasa gusar akan kerosakan fizikal.

Lebih meyakinkan lagi, HONOR X9d turut menerima persijilan SGS Triple Resistant yang mengesahkan keupayaannya menahan hentakan serta kemasukan air dan debu halus. Gabungan ketiga-tiga ciri perlindungan ini menjadikan HONOR X9d antara telefon pintar terawal dalam industri yang mencapai tahap ketahanan sedemikian.

Hal ini membuktikan bahawa HONOR bukan sahaja menitikberatkan prestasi dan reka bentuk malah turut memberi perhatian terhadap aspek ketahanan untuk kegunaan harian yang aktif.

Tahan Lasak, Tahan Cecair, Tahan Cabaran

HONOR X9d direka dengan tahap ketahanan yang tinggi. Berdasarkan spesifikasi, peranti ini mampu bertahan dalam air sedalam 6 meter serta menahan suhu ekstrem sehingga 85 darjah Celsius. Malah, jika terjatuh ke dalam air sedalam satu meter, ia dikatakan boleh direndam sehingga sebulan tanpa menjejaskan fungsi utama. Walaupun ia bukan galakan untuk merendam telefon secara sengaja, ciri ini menunjukkan tahap ketahanan yang luar biasa.

Dalam situasi seharian seperti hujan lebat atau tumpahan cecair ketika bekerja, HONOR X9d memberikan ketenangan kepada pengguna. Dengan ketahanan terhadap 18 jenis cecair harian termasuk kopi, peranti ini kekal berfungsi walaupun berlaku insiden tidak dijangka. Oleh itu, ia menjadi pilihan ideal bagi mereka yang sentiasa sibuk, tanpa perlu risau sekiranya berlaku tumpahan secara tidak sengaja.

Sekiranya peranti terkena air atau pasir, pengguna hanya perlu mengaktifkan mod Drainage & Dust Removal. Melalui teknologi bunyi serta getaran, HONOR X9d akan mengeluarkan semula air dan habuk secara automatik tanpa perlu dilap atau ditiup.

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan ciri AI Heavy Rain Touch dan AI Glove Touch yang membolehkan pengguna terus menggunakan skrin seperti biasa walaupun dalam hujan lebat ataupun ketika memakai sarung tangan. Penggunaan kekal lancar tanpa gangguan dan tidak memerlukan pengguna berhenti atau menanggalkan sarung tangan.

Lebih meyakinkan, HONOR menawarkan perlindungan tambahan yang menyeluruh. Pengguna akan menerima jaminan perlindungan skrin retak di bahagian hadapan dan belakang selama 365 hari, perlindungan terhadap kerosakan cecair selama setahun serta jaminan lanjutan yang disediakan sepenuhnya tanpa sebarang caj tambahan. Sekiranya berlaku kerosakan seperti kemasukan air atau skrin retak, pengguna hanya perlu menghantar peranti ke pusat servis rasmi untuk tindakan segera.

Secara keseluruhan, HONOR X9d bukan sahaja tahan lasak dan mudah dijaga malah hadir dengan sokongan servis yang komprehensif. Ia membuktikan komitmen HONOR dalam memenuhi keperluan pengguna moden yang mahukan peranti yang boleh diharap dalam apa jua keadaan.

Semua Ciri Hebat Dalam Satu Peranti

HONOR X9d hadir sebagai telefon serba lengkap yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 8300mAh dan merupakan antara yang terbesar dalam pasaran ketika ini. HONOR menyatakan bahawa peranti ini mampu bertahan sehingga tiga hari tanpa perlu dicas. Oleh itu, ia menjadi pilihan ideal untuk pengguna yang aktif serta sentiasa bergerak.

Untuk pengecasan, HONOR X9d menyokong teknologi HONOR SuperCharge 66W yang menawarkan pengecasan pantas dan mudah digunakan. Selain itu, peranti ini juga boleh berfungsi sebagai power bank melalui sokongan pengecasan terbalik 7.5W. Ciri ini sesuai untuk membantu peranti lain yang kehabisan bateri. Malah, apabila bateri tinggal hanya dua peratus, mod Ultra Power Saving masih membolehkan pengguna membuat panggilan sehingga satu jam.

Dari segi prestasi, HONOR X9d dikuasai oleh cip Snapdragon 6 Gen 4 yang memastikan pengalaman penggunaan kekal lancar. Sama ada membuka aplikasi, menonton video atau melayari media sosial, semuanya berjalan dengan baik tanpa gangguan. Paparan bersaiz 6.79 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan sehingga 6000 nits memberikan paparan yang terang walaupun di bawah cahaya matahari terik. Ciri penjagaan mata turut disertakan bagi memastikan keselesaan penggunaan dalam jangka masa panjang.

Sistem audio HONOR X9d juga tidak mengecewakan kerana ia dilengkapi dengan dwi-pembesar suara dan teknologi Ultra Volume yang mampu mencapai tahap kekuatan bunyi sehingga 400%. Oleh itu, muzik, panggilan dan video kedengaran kuat serta jelas.

Kamera utama beresolusi 108MP pula mampu menghasilkan gambar yang tajam serta berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan pencahayaan yang kurang memuaskan. Selain itu, rakaman video juga kelihatan stabil dan bebas daripada kesan gegaran. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk merakam momen penting dengan jelas.

Proses penyuntingan gambar juga menjadi lebih mudah dengan bantuan kecerdasan buatan yang tersedia dalam peranti ini. Pengguna boleh memadam objek yang tidak diingini dengan menggunakan AI Eraser. Di samping itu, mereka boleh mengasingkan subjek dengan AI Cutout, meningkatkan resolusi imej melalui AI Upscale dan kemaskan postur wajah menggunakan AI Facetune.

Bagi melengkapkan pengalaman penggunaan, sistem operasi MagicOS 9.0 turut menyokong pelbagai fungsi pintar. Antaranya termasuk ciri terjemahan masa nyata yang memudahkan komunikasi, penulisan nota secara automatik yang menjimatkan masa serta pengurusan tugasan harian yang lebih efisien.

Dari segi kapasiti, HONOR X9d menawarkan memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Oleh itu, pengguna boleh menyimpan pelbagai fail tanpa perlu risau tentang ruang yang terhad. Rekaan peranti yang nipis serta ringan juga menjadikannya selesa untuk digunakan dalam tempoh yang lama.

Peranti ini turut hadir dalam empat pilihan warna eksklusif iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Gabungan kuasa, gaya dan teknologi menjadikan HONOR X9d sebagai peranti yang bukan sahaja berfungsi hebat malah nampak bergaya.

Harga Dan Ketersediaan

HONOR X9d merupakan pilihan yang bijak untuk pengguna yang mengutamakan kemudahan, ketahanan dan nilai yang berbaloi. Dengan reka bentuk moden dan prestasi yang mantap, peranti ini sesuai untuk gaya hidup aktif serta penggunaan harian yang konsisten.

HONOR X9d ditawarkan pada harga bermula daripada RM1,499 hingga RM1,699 bergantung kepada model yang dipilih. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai spesifikasi produk dan promosi terkini, anda boleh mengunjungi laman rasmi HONOR Malaysia. Di sana, pelbagai tawaran eksklusif tersedia untuk anda yang ingin memiliki telefon pintar yang lengkap dan bergaya.

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description