Amanz

1 天前

Amanz
Brave merupakan salah satu pelayar web popular yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri tambahan khusus menarik melaluinya. Terbaru, pihak Brave mengumumkan kini mereka telah melangkaui angka pengguna sebanyak 10 juta pengguna aktif setiap bulan untuk pelayar web mereka, meliputi desktop dan aplikasi mudah-alih.

Brave mengatakan angka ini sekaligus memperlihatkan ramai pengguna seluruh dunia yang mementingkan privasi dan lebih kawalan ke atas pelayaran mereka, terutamanya tanpa penjejak oleh pelbagai gergasi internet lain.

Dari segi angka pengguna harian, Brave mempunyai seramai 42 juta pengguna aktif harian yang menggunakan produk mereka. Selari peningkatan penggunaan pelayar web mereka, Brave Search, iaitu enjin carian tersendiri mereka turut memperlihatkan peningkatan dengan hampir 20 bilion carian setiap tahun.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description