Malaysia jadi hab serantau BlackBerry Asia Pasifik
19 小时前
BLACKBERRY Limited mengumumkan pengembangan operasi di Malaysia dengan Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik (APAC) yang menumpukan kepada jualan, pemasaran, sokongan serta latihan keselamatan siber bertaraf dunia.Berlangsung usai Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN baru-baru ini, sebuah majlis diadakan pada 26 September lalu di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) BlackBerry di Cyberjaya, disertai oleh Setiausaha Parlimen Kanada kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Setiausaha Negara (Pembangunan Antarabangsa), Yasir Naqvi dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Jodi Robinson.Menurut Yasir, ketika Malaysia terus berkembang sebagai hab dipercayai bagi keselamatan siber dan komunikasi selamat, pihaknya berbesar hati melihat syarikat Kanada seperti BlackBerry melabur, berkembang dan berjaya di negara ini sekali gus memperkukuh sokongan Kanada kepada kerajaan Malaysia."Kerjasama awam-swasta seperti ini yang membawa keupayaan canggih jelas menunjukkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan, meningkatkan daya tahan siber serta memacu inovasi di Malaysia dan ASEAN di bawah Strategi Indo-Pasifik Kanada," katanya dalam satu kenyataan.Selain merasmikan ibu pejabat baharu jualan dan pemasaran BlackBerry di Q Sentral, Kuala Lumpur, syarikat itu turut mengumumkan operasi penuh pusat sokongan serantau 24/7 di Mont Kiara.Para tetamu turut dibawa meninjau fasiliti latihan CCoE di Cyberjaya yang bakal dipertingkatkan dengan makmal berprestasi tinggi, kios interaktif, cyber war room, serta simulator SOC sekali gus memperkukuh pengalaman pembelajaran praktikal dan berasaskan dunia sebenar untuk para pembela siber selain daripada lebih 55 kursus yang ditawarkan di fasiliti tersebut.Tambah Yasir, wawasan bersama untuk memperkukuh daya tahan digital ini turut disokong oleh pihak pengawal selia Malaysia, dengan SKMM menyambut baik pengembangan BlackBerry sebagai pemangkin kepada kerjasama awam–swasta yang lebih mendalam."Berasaskan kerjasama SKMM dan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry di Cyberjaya, pengembangan ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk komunikasi selamat, di samping meningkatkan kemampuan negara menyokong kerajaan, infrastruktur kritikal dan industri daripada ancaman siber yang semakin berkembang," katanya.Sementara itu, Naib Presiden Kanan BlackBerry bagi rantau APAC, Tash Stamatelos berkata, BlackBerry ialah sebuah syarikat Kanada yang dibanggakan dan pihaknya teruja meraikan pengembangan serta pertumbuhan berterusan di Malaysia."Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas kepercayaan terhadap kerjasama, penyelesaian serta komitmen kami untuk membantu negara menangani risiko kompleks, daripada pengintipan dan serangan siber hinggalah tindak balas bencana sambil bekerjasama dengan SKMM dan rakan kerajaan kami bagi memperkukuh kemahiran tenaga kerja siber negara," katanya.Mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab antarabangsa, pengumuman ini dibuat selepas kerajaan Kanada mengumumkan pelaburan multi tahun bernilai $3.9 juta (CAD) (RM 11.8 juta) bagi latihan keselamatan siber di fasiliti tersebut ketika APEC pada November 2024....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️