Dewan Rakyat lulus RUU Sewa Beli 2025, mansuh Peraturan 78

11 小时前

Dewan Rakyat lulus RUU Sewa Beli 2025, mansuh Peraturan 78

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang memansuhkan penggunaan kadar sama rata dan kaedah Peraturan 78 bagi pinjaman sewa beli kadar tetap.

RUU itu diluluskan dengan lebih banyak suara bersetuju selepas dibahaskan 20 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan pemansuhan sistem kadar rata dan Peraturan 78 dibuat kerana ia dianggap tidak adil serta membebankan peminjam.

Sebagai gantinya, kaedah kadar faedah efektif dan pengurangan baki akan diperkenalkan bagi memastikan pengiraan ansuran bulanan lebih adil serta telus.

“Rasional pindaan ini ialah untuk memastikan caj faedah tidak memudaratkan peminjam, khususnya mereka yang membuat penyelesaian awal pinjaman,“ katanya di Dewan Rakyat.

Armizan berkata penggunaan kadar faedah efektif dapat meningkatkan ketelusan dalam penilaian dan pemasaran pinjaman sewa beli.

Beliau berkata kaedah pengurangan baki pula memastikan kadar faedah hanya dikenakan ke atas baki pinjaman yang belum dijelaskan.

“Pendekatan ini memanfaatkan pengguna dengan membolehkan mereka membandingkan kos sebenar pelbagai produk pinjaman,“ katanya.

Ketika membentangkan RUU itu, Armizan berkata pindaan itu membenarkan penggunaan teknologi semasa dalam pelaksanaan serta pengemaskinian perjanjian sewa beli.

Beliau berkata RUU itu mencadangkan pindaan Seksyen 6B berhubung penerimagunaan kaedah baharu bagi pengiraan caj terma.

Majoriti Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang berbahas menyatakan sokongan terhadap RUU berkenaan.

Datuk Suhaimi Nasir (BN–Libaran) mencadangkan supaya RUU itu memperkukuh perlindungan pengguna dengan mewajibkan pendedahan kos sebenar pinjaman.

Beliau turut mencadangkan pelaksanaan moratorium automatik ketika krisis, khususnya bagi golongan M40 dan B40 yang terjejas.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN–Kuala Krai) mencadangkan supaya satu bahagian khas berkaitan sewa beli Islam dimasukkan dalam RUU berkenaan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – Bernama

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description