KSN ketuai senarai penerima Darjah Kebesaran Perak
1 天前
IPOH - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengetuai senarai 238 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang tahun Keputeraan ke-69 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun ini.Beliau menerima Darjah Dato’ Seri Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Dato’ Seri, sebagai penerima tunggal bagi darjah tertinggi berkenaan.Senarai penerima tersebut diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin ketika sidang media Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.Antara penerima utama lain termasuk Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Peguam Cara Negara II, Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Datuk Dr Syed Jaafar Syed Aznan, masing-masing menerima Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang turut membawa gelaran Dato' Seri.Turut menerima Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang membawa gelaran Dato' Seri Panglima.Sementara itu, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Ir. Roslan Ismail dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato’.Dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A Sivanesan dan ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah turut menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'.Turut menerima DPMP, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, Mohamed Zamri Mohd Zain; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Sayani Saidon serta mantan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Safuan Raba'ai.Mohd Zahidi berkata, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) secara anumerta kepada mantan ADUN Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin.Sebagai menghargai kejayaan sukan, pemain badminton beregu campuran negara kelahiran Perak, Chen Tang Jie dan pasangannya Toh Ee Wei, turut menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT) selepas menjuarai Kejohanan Dunia BWF 2025 di Paris.Secara keseluruhannya, seramai 238 penerima terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk penjawat awam, pasukan keselamatan dan tokoh masyarakat menerima anugerah tahun iniIstiadat penganugerahan akan berlangsung dalam dua sesi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar iaitu sesi pertama pada 9 November 2025 bagi penerima darjah bergelar manakala sesi kedua pada 15 November 2025 untuk kategori lain.Dalam pada itu, sebagai tanda keprihatinan dan ehsan terhadap kebajikan banduan, Sultan Nazrin turut menzahirkan perkenan untuk membiayai hidangan tengah hari bagi banduan di seluruh negeri pada hari keputeraan baginda.Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak akan dimulakan dengan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada Jumaat serta turut diadakan serentak di semua masjid daerah di negeri ini. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

