Peniaga wakaf lebih RM60,000 tanda kasih terakhir buat arwah isteri

17 小时前

Peniaga wakaf lebih RM60,000 tanda kasih terakhir buat arwah isteri
KUALA PILAH – Seorang peniaga sanggup mewakafkan harta peninggalan isteri bernilai lebih RM60,000 sebagai tanda kasih kepada arwah yang menghembuskan nafas terakhir pada 29 Oktober lalu.Mansor @ Razali Zamzam, 63, berkata, arwah isterinya, Rohaya Abd Hassan, 59, menghadiahkan harta berupa barang kemas dan wang sebagai tanda penghargaan kerana menjaganya sepanjang lebih dua tahun menghidap kanser.Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mengambil harta peninggalan itu, sebaliknya memberikan infak kepada golongan memerlukan melalui serahan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)."Masa dia sakit, arwah tanya mana emas dia. Saya tunjukkan dan dia kata nak bagi pada saya sebab saya jaga dia lama. Tapi saya tak nak, saya tanya boleh tak kalau saya infakkan semua emas dan duit itu. Dia pun setuju."Jadi, itu perjanjian saya dengan dia semasa dia masih hidup. Bila dia dah tiada, saya kena tunaikan amanah itu sebagai amal jariah berpanjangan buat arwah," katanya kepada Sinar Harian.Pada Rabu, Mansor menyampaikan wakaf bernilai RM60,380 hasil penjualan emas dan wang peninggalan isterinya dalam tempoh seminggu selepas arwah meninggal dunia.Katanya, arwah disahkan menghidap kanser ovari pada tahun 2018 sebelum penyakit itu merebak ke buah pinggang.Tambahnya, keputusan untuk menginfakkan harta itu dibuat bagi menyegerakan amanah isteri dan mengelak wang tersebut disalah guna."Saya bersyukur sebab ALLAH SWT gerakkan hati saya awal. Takut kalau saya lambat, duit itu pergi tempat lain. Dah ada orang datang nak pinjam pun."Bila pegang duit banyak, takut juga nanti bila sunyi, terfikir nak cari teman pula. Jadi, lebih baik saya selesaikan segera."Kami tiada anak, hanya jaga seorang anak angkat. Jadi, saya fikir lebih baik sedekah atas nama arwah. Duit banyak pun tak guna, dulu saya kerja pun untuk isteri. Bila dia dah tak ada, untuk siapa lagi saya nak cari duit," katanya sebak.Mansor menambah, hatinya tenang selepas menunaikan amanah arwah isterinya yang menjadi teman hidupnya selama 36 tahun itu."Bila amanah arwah dah saya tunaikan, saya rasa lega. Itu tanda kasih sayang terakhir saya untuk dia."Duit yang ada biarlah cukup untuk makan minum, kalau ada lebih, kita sedekah. Simpan sikit untuk kecemasan," katanya mengakhiri perbualan....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description