Taufan Kalmaegi menuju Vietnam

16 小时前

Taufan Kalmaegi menuju Vietnam
LILOAN – Taufan Kalmaegi meragut sekurang-kurangnya 140 nyawa dan menyebabkan 127 lagi hilang selepas banjir besar melanda wilayah tengah Filipina, ketika ribut tersebut bergerak ke arah Vietnam.Air banjir yang disifatkan sebagai luar biasa melanda beberapa bandar dan pekan di wilayah Cebu sejak awal minggu ini, menghanyutkan kereta, setinggan di tepi sungai dan kontena kargo bersaiz besar.Pejabat pertahanan awam negara mengesahkan 114 kematian dilaporkan setakat Khamis, namun angka itu tidak termasuk 28 lagi kematian yang direkodkan pihak berkuasa wilayah Cebu.Di Liloan, sebuah bandar berhampiran Cebu City, 35 mayat ditemukan di kawasan yang dilanda banjir.Wartawan AFP melaporkan keadaan kenderaan masih tersadai bertindan akibat arus deras, manakala bumbung rumah tercabut ketika penduduk berusaha membersihkan lumpur tebal.Di pulau bersebelahan, Negros, sekurang-kurangnya 30 lagi maut apabila hujan lebat membawa aliran lumpur gunung berapi dari Gunung Kanlaon sehingga menimbus rumah-rumah di Canlaon City.Di seluruh negara, jumlah kematian turut merangkumi enam anggota tentera selepas helikopter yang digunakan dalam misi bantuan terhempas.Pada Rabu, mangsa di kawasan paling teruk terjejas di Cebu giat membersihkan lumpur dan sisa banjir.Jabatan kaji cuaca memaklumkan kawasan sekitar Cebu menerima 18.3 sentimeter hujan dalam masa 24 jam sebelum taufan melanda, jauh melebihi purata hujan bulanan 13.1 sentimeter.Gabenor Cebu, Pamela Baricuatro menyifatkan situasi itu sebagai "belum pernah terjadi" dan "amat merosakkan".Pada Khamis, Kalmaegi dikesan semakin kuat ketika menuju ke Vietnam, mencetuskan kebimbangan ia bakal memburukkan lagi keadaan banjir yang sudah meragut 47 nyawa di negara itu minggu lalu.Taufan yang membawa kelajuan angin 155 kilometer sejam (km/j) dan ribut kencang sehingga 190 km/j dijangka membadai Vietnam lewat Khamis, dengan ombak setinggi lapan meter.Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Tran Hong Ha menggesa pihak berkuasa bertindak pantas, menyifatkan Kalmaegi sebagai ribut yang "luar biasa dan berbahaya".Filipina setakat ini telah mencapai purata tahunan 20 taufan, dan Kalmaegi dijangka disusuli tiga hingga lima lagi sebelum akhir Disember. - AFP...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description