MAIK galak anak muda lepak di masjid, sedia WiFi percuma

12 小时前

MAIK galak anak muda lepak di masjid, sedia WiFi percuma
KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berusaha menarik minat golongan muda untuk lebih dekat dengan rumah ibadah melalui penyediaan kemudahan WiFi percuma di beberapa buah masjid terpilih di negeri ini.Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Mohd Anis Hussein berkata, inisiatif itu dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun lalu bagi menjadikan masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga pusat pembelajaran dan aktiviti kemasyarakatan.Menurut beliau, ia melibatkan dua fasa serta masjid yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu Masjid Jamek Muhammadi di sini, Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang (Masjid Beijing), Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang dan Masjid Jamek As-Salam Pengkalan Chepa."Sebelum ini anak muda lebih suka ke kopitiam atau kafe untuk lepak dan menikmati kemudahan WiFi percuma."Oleh itu kita mahu ubah suasana tersebut supaya mereka boleh ‘lepak’ di masjid dalam persekitaran yang lebih bermanfaat," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Program Let's Do I.T 2025 di Masjid Jamek As-Salam Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Ujar beliau, dengan adanya kemudahan WiFi percuma ini, mereka boleh menjadikan masjid sebagai tempat untuk belajar, bersantai dan berinteraksi.Katanya, penyediaan kemudahan teknologi maklumat (IT) di masjid adalah antara langkah MAIK untuk memperkukuh peranan institusi berkenaan sebagai pusat komuniti yang mendidik dan membina masyarakat."Masjid sepatutnya menjadi tempat bermulanya semua aktiviti kemasyarakatan termasuk ilmu, ekonomi dan sosial. Kita mahu jadikan masjid sebagai pusat pembangunan ummah yang serba lengkap," ujarnya.Dalam perkembangan lain, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana masjid yang gagal mengekalkan tahap kebersihan terutama di bahagian tandas dan kawasan persekitaran.Ujar beliau, penilaian terkini yang dijalankan pada Julai lalu menunjukkan tahap kebersihan masjid di negeri ini semakin meningkat hasil pelaksanaan program penarafan bintang yang dijalankan dua tahun sekali.Menurutnya, sebanyak 29 masjid berjaya meraih penarafan lima bintang, manakala jumlah masjid yang berada di bawah tiga bintang semakin berkurangan berbanding tahun sebelumnya."Penarafan ini dibuat berdasarkan beberapa aspek termasuk kebersihan tandas, kawasan luar dan dalam masjid. Dari situ, kita dapat lihat banyak peningkatan dari segi kebersihan," katanya.Mohd Anis memberitahu, penilaian itu melibatkan 617 masjid mukim di seluruh negeri, tidak termasuk masjid iktikaf.Beliau berkata, MAIK turut melaksanakan program mentor-mentee yang menyaksikan masjid cemerlang menjadi pembimbing kepada masjid yang belum mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan.Ujarnya, MAIK juga membuat teguran kepada pihak masjid yang masih lemah dan minta mereka perbaiki dari masa ke semasa."Jika tidak menepati piawaian, kita panggil untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian."MAIK sentiasa memantau serta bersikap tegas dalam memastikan kebersihan dan keceriaan masjid sentiasa terpelihara," katanya.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description