Tiada 'scam' guna nama masjid di Kelantan - MAIK
12 小时前
KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes penipuan atau 'scam' menggunakan nama masjid di negeri ini melibatkan kutipan derma.Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Mohd Anis Hussein berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan usaha ke arah itu wujud."Hal ini kerana 'scammer' sentiasa menunggu peluang untuk mengambil kesempatan," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Program Let's Do I.T 2025 di Masjid Jamek As-Salam Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Menurut beliau, MAIK sentiasa memberikan pendedahan berkaitan bahaya jenayah 'scam' dalam kalangan masyarakat di negeri ini."Perkara tersebut menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial MAIK kepada masyarakat," ujarnya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

