Krisis air Johor dedah kelemahan pemantauan, penguatkuasaan aktiviti perlombongan - Amanah

11 小时前

Krisis air Johor dedah kelemahan pemantauan, penguatkuasaan aktiviti perlombongan - Amanah
JOHOR BAHRU - Krisis bekalan air akibat pencemaran Sungai Johor baru-baru ini jelas menunjukkan kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti perlombongan di kawasan sensitif sumber air negeri.Pengerusi Biro Alam Sekitar Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Anis Afida Mohd Azli menyifatkan insiden itu amat serius kerana menjejaskan hampir sejuta penduduk di Johor Bahru, Kulai, Skudai dan Kota Tinggi dalam tempoh hampir seminggu."Amanah Johor menggesa kerajaan negeri melalui Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj) dan agensi Persekutuan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak segera."Mereka boleh menggunakan akta dan enakmen masing-masing bagi memulihkan keadaan dan memastikan Loji Rawatan Air (LRA) seperti Sungai Johor, Semangar dan Linggiu dapat beroperasi semula," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Terdahulu, pencemaran di Sungai Johor, Kota Tinggi disedari penduduk pada pukul 7 pagi akibat insiden kolam cucian pasir yang pecah di sebuah kawasan perlombongan pasir darat berhampiran Kampung Orang Asli Sayong Pinang.Pencemaran tersebut menyebabkan empat loji rawatan air (LRA) yang mengambil sumber air mentah dari Sungai Johor terjejas melibatkan 1.8 pengguna dan 150 nelayan sekitar Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Gelang Patah dan KulaiLaporan awal JAS mengesahkan kejadian itu berpunca daripada benteng kolam silt yang pecah di tapak perlombongan pasir berhampiran Kota Tinggi sehingga mencemarkan sungai.Amanah Johor juga menegaskan supaya tindakan tegas diambil di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Pindaan 2024 (Akta A1712) yang memperuntukkan denda maksimum RM10 juta dan penjara lima tahun.Parti politik itu menekan, pelaku wajib menanggung kos pemulihan sumber air mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), selain Undang-undang negeri seperti Enakmen Mineral Johor 2009 perlu dikuatkuasakan tanpa kompromi.Sementara itu Anis Afida berkata, Amanah Johor menuntut agar syarikat perlombongan yang bertanggungjawab didedahkan kepada umum dan tidak dilindungi oleh mana-mana pihak."Ketelusan hasil siasatan oleh JAS, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) amat penting bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem penguatkuasaan alam sekitar negara."Insiden ini harus menjadi pengajaran bahawa pembangunan ekonomi mesti seiring dengan tanggungjawab menjaga alam sekitar."Ini kerana, sungai ialah nadi kehidupan rakyat dan pencemarannya adalah pengkhianatan terhadap hak rakyat untuk mendapatkan air bersih serta kehidupan sejahtera," tegasnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description