Impian lihat ART, teksi terbang di Nusantara kini terkubur
18 小时前
NUSANTARA – Impian Ibu Kota Nusantara (IKN) untuk memiliki sistem pengangkutan futuristik seperti Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) atau trem tanpa landasan dan teksi terbang kini hanya tinggal angan-angan.Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat merangkap Ketua Otorita IKN, Basuki Hadimuljono menegaskan, bahawa projek tersebut tidak lagi menjadi keutamaan buat masa ini.Menurut Basuki, tumpuan kerajaan ketika ini perlu diberikan kepada perkara yang lebih mendesak, termasuk pembinaan pejabat kerajaan, kawasan perumahan, serta pelaksanaan konsep 'Smart Forest City' yang menjadi tunjang pembangunan bandar itu."Kereta api biasa pun belum ada, takkan kita nak naik teksi terbang. Jadi, belum penting sekarang," katanya sambil menjelaskan bahawa teknologi seperti itu masih dalam peringkat perkembangan dan akan menjadi lebih baik pada masa hadapan.Basuki menjangkakan bahawa mod pengangkutan canggih seperti kereta tanpa landasan dan teksi terbang hanya akan menjadi relevan menjelang tahun 2040 atau 2045, apabila infrastruktur asas IKN benar-benar siap.Buat masa ini, keutamaan kerajaan akan beralih kepada pembangunan kenderaan elektrik (EV) di darat, khususnya bas elektrik awam yang dijangka mula digunakan di IKN pada tahun 2026.Walaupun belum menjadi keutamaan operasi, kedua-dua teknologi berkenaan telah melalui ujian Proof-of-Concept (PoC) sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan masa depan.-Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

