Sime Darby Property dan Guthrie kerjasama bangun hab industri dan logistik generasi baharu di Kuala Selangor

19 小时前

Sime Darby Property dan Guthrie kerjasama bangun hab industri dan logistik generasi baharu di Kuala Selangor
SIME Darby Property Berhad (Sime Darby Property) dan SD Guthrie Berhad (Guthrie) mengumumkan usaha sama bagi membangun hab industri dan logistik generasi baharu dalam pelan induk pembangunan seluas 1,214 hektar (3,000 ekar) di Kuala Selangor.Pembangunan akan dimulakan dengan kawasan seluas 404.68 hektar (1,000 ekar) di estet Guthrie terletak di Jalan Acob, Bukit Kerayong dan Bukit Cherakah melalui usaha sama yang akan dimeterai oleh kedua-dua pihak menerusi penubuhan sebuah kenderaan tujuan khas (SPV).Bertempat di kawasan perindustrian utama yang strategik, hanya 40 minit dari Pelabuhan Klang dan berhampiran dengan Bandar Bukit Raja (BBR), sebuah perbandaran oleh Sime Darby Property dengan akses terus ke rangkaian pengangkutan utama termasuk Lebuhraya Pesisir Barat (WCE) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal siap tidak lama lagi.Pengarah Urusan Kumpulan Guthrie, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata, usaha sama ini mengukuhkan hala tuju strategik baharu Guthrie untuk membentuk pakatan sinergi yang mampu membuka nilai dalam pegangan tanah Guthrie terutama di kawasan ini di negeri Selangor sambil memacu perkembangan dan pembangunan lestari untuk negeri ini."Sumbangan kami terhadap pembangunan negara termasuk aset-aset nasional penting yang terletak di atas tanah milik kami dahulu seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran negara, Putrajaya."Guthrie akan terus menyokong aspirasi nasional sambil memastikan kepentingan pemegang saham kami terpelihara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Seiring peranan aktif dalam pembangunan negara, beliau turut menzahirkan keterujaan Guthrie menjadi sebahagian daripada koridor pembangunan darat yang menggabungkan industri, logistik dan kelestarian bagi mewujudkan ekosistem industri yang bersedia untuk masa depan.Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, peluang ini membolehkan Sime Darby Property melaksanakan perancangan induk secara holistik serta membangunkan bandar-bandar masa hadapan yang bersedia untuk menyahut gelombang baharu permintaan industri dan logistik sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi mampan di koridor perindustrian Selangor."Ketersambungan strategik yang menyeluruh turut memperkukuh nilai tawaran kami dalam menyediakan penyelesaian industri bersepadu bagi menyokong rantaian bekalan serantau dan industri berimpak tinggi."Usaha sama strategik ini dengan Guthrie memperteguh kedudukan kedua-dua syarikat dalam menjana nilai jangka panjang serta memperkukuh peranan Selangor sebagai pemacu utama pertumbuhan industri negara," katanya.Pada masa sama, kerjasama ini bertujuan memanfaatkan keupayaan Sime Darby Property yang terbukti dalam membangunkan ekosistem industri lestari bernilai tinggi yang menarik rakan kongsi bertaraf dunia.Ia turut memperkukuh landskap industri dan logistik Selangor melalui pembangunan utama seperti BBR, sebuah perbandaran bersepadu seluas 5,333 ekar yang terkenal dengan reka bentuk mampan dan ekosistem industrinya yang pesat.Hampir 60 peratus daripada tanah di BBR telah diperuntukkan untuk kegunaan sektor perindustrian menjadikannya pusat perindustrian terurus pertama Malaysia yang menerima penarafan GreenRE Platinum serta destinasi pilihan bagi syarikat multinasional yang mencari infrastruktur sedia ada dan pembangunan sejajar dengan prinsip ESG.Dalam pada itu, meneruskan momentum daripada usaha sama Guthrie–Sime Darby Property di Pulau Carey yang diumumkan awal tahun ini, kolaborasi terbaharu ini menyokong strategi koridor pertumbuhan serantau yang memanjang dari Klang dan Kapar ke Pulau Carey, menghubungkan aktiviti industri darat dengan aspirasi negeri untuk membangunkan bandar pelabuhan bertaraf dunia.Dengan rancangan kerajaan untuk membina pelabuhan baharu di perairan Pulau Carey yang bersebelahan Pelabuhan Klang dan Pulau Indah, Negeri Selangor akan terus berada pada landasan untuk memperkukuhkan statusnya sebagai hab maritim dan logistik utama Malaysia.Selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia, pembangunan ini turut mencerminkan visi bersama kedua-dua syarikat untuk menggandakan nilai jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan.Koridor pembangunan menyeluruh ini akan membolehkan pengelompokan rantaian bekalan yang lebih cekap, merangsang pertumbuhan perusahaan serantau dan menjana nilai sosioekonomi lestari untuk komuniti sekitar....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description