Tunku Ismail mahu sasaran sifar miskin di Johor segera dilaksanakan
15 小时前
JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan supaya usaha ke arah mencapai sasaran sifar ketua isi rumah (KIR) berstatus miskin di negeri ini dilaksanakan dengan segera.Titah berkenaan dizahirkan baginda dalam pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini pada Jumaat.Menurut Onn Hafiz, titah tersebut menyusul selepas kejayaan kerajaan negeri mencapai sifar KIR berstatus miskin tegar di Johor."Menjunjung titah Tunku Mahkota Ismail, usaha akan dipergiat bagi memastikan tiada seorang pun KIR Bangsa Johor kekal berstatus miskin."Kini, tumpuan kerajaan negeri beralih kepada kelompok miskin yang melibatkan seramai 8,249 KIR yang direkodkan setakat 31 Oktober 2025," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.Tambah Onn Hafiz, sebelum ini, baginda pernah bertitah pada Mei 2024 supaya usaha sama dilakukan bagi mensifarkan golongan miskin tegar di Johor."Alhamdulillah, hasil kerjasama pelbagai pihak, sebanyak 4,378 KIR miskin tegar yang direkodkan pada Mac 2023 telah berjaya disifarkan sepenuhnya pada Julai tahun lalu."Fasa kedua pula melibatkan 1,360 KIR miskin tegar yang direkodkan pada Jun 2024 turut berjaya disifarkan pada April lalu," katanya.Sementara itu Onn Hafiz turut menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara dua kategori kemiskinan iaitu miskin tegar dan miskin, di mana kategori miskin tegar melibatkan isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM317 per kapita, manakala kategori miskin pula membabitkan pendapatan kurang daripada RM735 per kapita.Justeru katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama agensi kerajaan Persekutuan akan terus berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif holistik, inklusif dan berfokus bagi meningkatkan taraf hidup rakyat."Patik dan seluruh Bangsa Johor menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Mahkota Ismail serta keluarga diraja Johor terhadap rakyat, khususnya mereka yang memerlukan."Saya berharap agar semua agensi terus 'turun padang' memastikan dasar dan pelan tindakan dilaksanakan dengan penuh ketelusan, kecekapan dan keberkesanan bagi memastikan setiap rakyat Johor benar-benar merasai nikmat pembangunan dan kemakmuran negeri."Semoga golongan memerlukan di Johor terus terbela dan hasrat kita untuk menoktahkan kemiskinan di negeri ini akan tercapai, InsyaALLAH," ujarnya.....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

