Kempen Jualan Mega perkasa produk tempatan di platform e-dagang
17 小时前
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkukuh usaha memperkasa produk tempatan melalui pendekatan seluruh negara bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, kempen itu digerakkan dengan beberapa objektif utama termasuk merangsang ekonomi domestik, meningkatkan pembelian barangan tempatan, serta menjana pendapatan dan menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan.Selain itu, jelasnya, pelaksanaan KBBM turut bertujuan menonjolkan kualiti produk dan perkhidmatan buatan Malaysia yang setanding dengan jenama antarabangsa serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat untuk terus menyokong barangan tempatan."Kerjasama strategik KPDN bersama pengendali platform e-dagang telah berjaya membantu meningkatkan promosi, memperluaskan pasaran dan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia secara dalam talian," ujarnya ketika merasmikan TikTok Shop 11.11 Mega Sale Carnival 2025 di Pavilion Bukit Jalil pada Jumaat.Mengulas lanjut, Armizan berkata, dengan tema #JomBeliLokal, pelaksanaan kempen jualan mega secara dalam talian menjadi antara langkah utama bagi memperkukuh KBBM."Sepanjang tahun 2024, pelaksanaan KBBM melalui kerjasama rakan strategik platform e-dagang berjaya menjana hasil jualan produk tempatan berjumlah RM1.99 bilion melibatkan 1,640,679 stock keeping unit (SKU)," ujarnya.Ujar beliau lagi, melihat kepada trend peningkatan pembelian melalui platform e-dagang, KPDN akan memperluaskan lagi pelaksanaan kempen KBBM secara dalam talian.Antara rakan strategik yang terlibat ialah TikTok Shop Malaysia yang mewujudkan halaman promosi khas (microsite) bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk tempatan.Karnival jualan mega yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 November itu menampilkan konsep shoppertainment dan diadakan buat julung kalinya secara fizikal, melibatkan reruai serta pameran usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta pempengaruh tempatan.Antara pengisian menarik sepanjang karnival ialah persembahan hiburan, sesi meet & greet bersama selebriti dan influencer, selain online live show daripada peniaga TikTok Shop.Sepanjang tempoh Jualan Mega 11.11 TikTok Shop, pengguna turut menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk penghantaran percuma tanpa had, baucar berganda sehingga 30 peratus, beli satu percuma satu, serta barangan keperluan pada harga mampu milik dari 1 hingga 11 November 2025.Dalam pada itu, KPDN melalui agensinya, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) turut menjalinkan kerjasama dengan TikTok bagi memperkukuh kesedaran dan perlindungan harta intelek di Malaysia, khususnya dalam kalangan usahawan digital.Melalui kerjasama itu, MyIPO dan TikTok akan memperluas advokasi serta pendidikan berkaitan harta intelek selain memperkukuh penguatkuasaan untuk melindungi hak tersebut dalam persekitaran digital yang semakin berkembang pesat....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

