Penduduk Kampung Jalan Papan tuntut MB Selangor dengar rintihan, bertemu mereka

12 小时前

Penduduk Kampung Jalan Papan tuntut MB Selangor dengar rintihan, bertemu mereka
KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Jalan Papan, Pandamaran, Klang yang terkesan dengan perobohan rumah secara besar-besaran pada minggu lalu meluahkan kekesalan terhadap kerajaan negeri Selangor kerana didakwa gagal menepati janji.Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Papan, Teoh Ah Guat mahu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendengar sendiri rintihan dan bertemu penduduk yang dipaksa berpindah.Menurutnya, kegagalan kerajaan negeri menunaikan syarat dan persetujuan terdahulu jelas menunjukkan rakyat seolah-olah tidak diberi keutamaan sedangkan penduduk telah menunggu lebih 25 tahun untuk penyelesaian isu tanah mereka.Jelasnya, segala persetujuan rasmi yang direkodkan melalui dokumen tidak dihormati, sebaliknya kerajaan kini mengumumkan tawaran baharu yang tidak mencerminkan kesepakatan asal."Penduduk kecewa kerana janji bertulis yang dibuat sebelum ini tidak lagi terpakai, sekali gus menafikan hak keluarga yang telah menetap di kawasan tersebut sejak generasi terdahulu," katanya pada sidang media di ibu negara pada Isnin.Ah Guat berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan semua dokumen berkaitan proses tender serta permohonan tanah, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan diterima.Katanya, penduduk bukan setinggan seperti didakwa pihak tertentu sebaliknya mempunyai penempatan sah yang diiktiraf kerajaan, justeru mereka berhak mendapat penempatan ganti atau rumah pampasan mengikut persetujuan awal.Beliau turut melahirkan kekecewaan apabila rumah yang diduduki turut dirobohkan, walaupun kerajaan sebelum ini memberi jaminan hanya rumah kosong akan diambil tindakan."Perobohan yang dilakukan secara mendadak tanpa rundingan menyebabkan penduduk hilang sepenuhnya kepercayaan terhadap janji kerajaan apabila surat-surat rasmi yang disimpan sekian lama didakwa tidak lagi diguna pakai," katanya.Menurutnya, penduduk juga menolak tawaran kerajaan menyediakan rumah sementara kerana tiada satu pun dokumen rasmi diberikan, sebaliknya hanya janji lisan yang tidak meyakinkan.Selain itu, Ah Guat turut mempersoalkan pengumuman kerajaan yang didakwa sering berubah-ubah termasuk isu 11 ekar tanah yang sepatutnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah penduduk, namun maklumat terkini tidak lagi selaras dengan persetujuan asal.Menurutnya, setiap kenyataan baharu yang diumumkan kerajaan dan pemaju semakin bercanggah dengan rekod terdahulu menyebabkan penduduk hilang keyakinan sepenuhnya.Justeru, penduduk menuntut kerajaan menghentikan perobohan sehingga rundingan rasmi semula diadakan.Terdahulu sebanyak 20 rumah di Kampung Papan terbabit dalam kerja pengosongan yang dijalankan sejak Isnin minggu lalu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan yang bakal dilaksanakan pemaju.Amirudin menjelaskan kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat pada 21 Oktober lalu dan keputusan awal adalah untuk mengosongkan rumah tidak berpenghuni dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil ke atas rumah yang masih diduduki selaras arahan mahkamah."Kerajaan negeri katanya, telah mengambil beberapa langkah untuk membantu peneroka termasuk menyediakan rumah sewa sementara bagi mereka yang memerlukan.Menurut Amirudin, bagi penyelesaian jangka panjang, pemaju bersetuju menyerahkan 2.8 hektar tanah kepada kerajaan negeri bagi membangunkan kediaman peneroka secara lebih teratur.Jelasnya, pembangunan itu akan dilaksanakan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).Katanya, rumah sewa sementara akan disediakan sehingga projek kediaman baharu siap dan kerajaan negeri juga bersedia berbincang mengenai masalah kewangan peneroka yang memerlukan kemudahan sewa.Ini adalah langkah praktikal selepas usaha penyelesaian sejak 1995.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description