Dua kilang perabot terbakar

11 小时前

Dua kilang perabot terbakar
SUNGAI BULOH – Dua buah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Baru Sungai Buloh, di sini pada Isnin.Peniolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 5.48 petang."Seramai 29 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh serta bantuan BBP Bukit Jelutong, BBP Damansara, BBP Rawang dan BBP Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh sembilan kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 5.59 petang mendapati kebakaran membabitkan dua struktur kelas B."Lot pertama dilaporkan terbakar 80 peratus, manakala lot kedua pula musnah 20 peratus. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.44 petang."Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh anggota bomba. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu," ujarnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description