Usia 27 tahun, berat hanya 17 kilogram
1 天前
BEIJING – Seorang wanita berusia 27 tahun di Guangdong, selatan China, meninggal dunia selepas sekian lama bergelut dengan penyakit jarang berlaku dikenali sebagai atrofi gastrik kronik, yang menyebabkan berat badannya menyusut sehingga hanya kira-kira 17 kilogram.Menurut laporan portal berita MSNews, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Qiaoqiao dalam kalangan pengguna internet, sebelum ini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu rakaman video pada 17 Julai lalu bagi merayu bantuan orang ramai.Bagaimanapun, pengguna media sosial kemudian mengesahkan bahawa Qiaoqiao menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu.Laporan portal teknologi NetEase memaklumkan, masalah kesihatan yang dialami Qiaoqiao dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan tekanan emosi berpanjangan akibat pengalaman hidup yang traumatik.Sejak kecil, dia ditinggalkan oleh ibunya, manakala beberapa tahun lalu, bapanya pula meninggal dunia akibat kanser perut, sekali gus memberi kesan besar terhadap keadaan mental dan emosinya.Pakar perubatan berpandangan tekanan emosi jangka panjang yang dialami pesakit telah menjejaskan fungsi tubuhnya, seterusnya menyebabkan atrofi pada kelenjar gastrik sehingga perutnya gagal menjalankan proses pencernaan dengan normal.Keadaan tersebut akhirnya membawa kepada kegagalan sistem penghadaman dan seterusnya kegagalan pelbagai organ dalaman.Sepanjang tempoh sakitnya, berat badan Qiaoqiao dilaporkan merosot drastik daripada lebih 45 kilogram kepada sekitar 17.5 kilogram.Dalam masa yang sama, satu-satunya ahli keluarga yang sentiasa setia menemani dan menjaga Qiaoqiao ialah saudara lelakinya.- Agensi ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

