Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara

17 小时前

Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara
SHAH ALAM - Sebuah menara komunikasi milik Maxis menempatkan peralatan stesen pemancar CelcomDigi dan Maxis di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak terbakar pada Sabtu.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian jam 6.50 petang itu menyebabkan liputan perkhidmatan telekomunikasi khususnya bagi pengguna CelcomDigi, Maxis dan Unifi Mobile terjejas.Katanya, kawasan terjejas melibatkan sekitar menara termasuk Kampung Kelebor, Kampung Langkap Ketior, Kampung Rambai 7, Kampung Menora, Kampung Senggang, Kampung Ulu Kenas dan Kampung Lempor."Liputan perkhidmatan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang berdekatan dengan lokasi kejadian turut terkesan."Punca kebakaran menara berkenaan masih dalam siasatan. Akses ke lokasi kejadian telah ditutup oleh pihak berkuasa bagi membolehkan pihak yang berkenaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan lanjut," katanya pada Ahad.Dalam masa sama katanya, MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan berkaitan untuk melaksanakan tindakan pembetulan serta-merta, termasuk penyediaan pelan pemulihan menyeluruh bagi menangani gangguan liputan yang berlaku."Sebagai langkah kecemasan, MCMC telah melaksanakan penyelesaian sementara dengan mengaktifkan kemudahan WiFi satelit Starlink di R&R Sungai Perak (Arah Utara), Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) bagi memastikan pengguna lebuh raya kekal mempunyai akses komunikasi."Selain itu, MCMC telah mengarahkan pemilik menara dan penyedia perkhidmatan untuk memperketatkan penyelenggaraan, pemeriksaan teknikal dan pemantauan berterusan di semua menara, selaras dengan keperluan kebolehpercayaan rangkaian dan keselamatan pengguna," katanya. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description