Cendawan busut rezeki hujung tahun

10 小时前

Cendawan busut rezeki hujung tahun
TANJUNG MALIM - Setiap kali hujung tahun, kawasan ladang kelapa sawit yang redup di sekitar Batang Padang dan Muallim yang sunyi daripada deruan jentera, tiba-tiba menjadi medan rezeki buat penduduk kampung yang arif membaca tanda-tanda alam.Waktu inilah musim cendawan busut, hasil hutan bermusim yang hanya muncul pada waktu tertentu, sekali gus membawa pendapatan tambahan yang tidak disangka-sangka kepada penduduk.Pencari cendawan busut, Mohd Saiful Isa, 42, berkata, musim hujung tahun sememangnya dinanti-nantikan kerana pada ketika itu cendawan busut tumbuh dengan banyak."Cendawan busut ini bukan tumbuh sepanjang masa. Dia ada musimnya. Selalunya hujung tahun sekitar November dan Disember kemudian diikuti pada Januari dan Februari."Kebetulan sekarang memang tengah masa cendawan naik. Dapatlah kami jual, jadi sumber pendapatan tambahan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Felda Gunung Besout 2 di sini.Menurutnya, jika bukan pada musim tersebut, usaha mencari cendawan busut boleh diibaratkan seperti mencari jarum dalam jerami."Kalau bukan musim, pergilah cari ke mana pun memang susah nak jumpa," ujarnya.Mohd Saiful berkata, dalam satu musim, mereka mampu mengumpul ratusan kilogram sehari, malah ada hari tertentu hasil kutipan boleh mencecah satu tan apabila pencarian dilakukan di beberapa lokasi ladang."Untuk minggu ini, kutipan hari pertama kami dapat sekitar 200 kilogram, diikuti 300 kilogram pada hari kedua dan hari ketiga pula hampir 200 kilogram. Keseluruhan lebih setengah tan, itupun hanya daripada kumpulan kami sahaja," kongsinya.Beliau berkata, cendawan busut lazimnya tumbuh di kawasan ladang kelapa sawit yang sejuk dan tanah yang sesuai, selain bergantung sepenuhnya kepada benih semula jadi."Bila mula tumbuh, hari pertama saiznya kecil. Kami tak cabut lagi, cuma tanda. Hari kedua baru pilih yang betul-betul sesuai. Hari kelima biasanya kemuncak sebelum ia mula kembang," jelasnya.Sementara itu, seorang lagi pencari cendawan, Muhamad Hafidz Umar, 35, berkata, cendawan busut boleh dijual antara RM30 hingga RM40 sekilogram, bergantung kepada kualiti dan saiz.Katanya, permintaan terhadap hasil hutan itu sangat tinggi menyebabkan terdapat peraih dari luar kawasan termasuk dari Selangor dan Kuala Lumpur sudah bersedia menunggu bekalan sebaik sahaja musim bermula."Peraih dari luar memang dah tunggu. Banyak mana pun kita dapat, mereka ambil. Paling sikit pun 100 kilogram. Setakat ini tak pernah lagi cendawan tak habis dijual," ceritanya.Bagi beliau, cendawan busut bukan sekadar tentang hasil jualan, sebaliknya menjadi simbol hubungan manusia dengan alam, di mana kesabaran, pengalaman dan pemerhatian menjadi kunci kepada rezeki hujung tahun yang tidak ternilai."Cendawan busut ini senang dimasak. Buat tomyam sedap, sup pun boleh. Ditumis pun sedap. Rasanya semula jadi, boleh ganti ayam atau daging," tambahnya.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description