Isytihar pesakit masih hidup meninggal dunia, tiga kakitangan hospital digantung tugas

10 小时前

Isytihar pesakit masih hidup meninggal dunia, tiga kakitangan hospital digantung tugas
KANPUR – Tiga kakitangan Hospital Lala Lajpat Rai termasuk seorang doktor junior dan seorang jururawat, digantung tugas selepas seorang pesakit yang masih hidup secara tersilap diisytiharkan meninggal dunia.Pengetua Kolej Perubatan Ganesh Shankar Vidyarthi, Sanjay Kala berkata, kesilapan itu terbongkar apabila anggota polis tiba di wad perubatan untuk membawa mayat ke mortuari, namun mendapati pesakit masih bernyawa.Menurut beliau, sebuah jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut dan diarah mengemukakan laporan dalam tempoh 48 jam."Dua pesakit gelandangan ditempatkan di katil bersebelahan di wad perubatan iaitu Vinod di katil 42 dan seorang lelaki tua tidak dikenali berusia sekitar 60 tahun di katil 43."Lelaki tua itu meninggal dunia semasa menerima rawatan pada Sabtu, namun doktor junior terbabit tersilap mengisi fail perubatan Vinod dan secara rasmi mengisytiharkannya sebagai meninggal dunia."Susulan itu, makluman dihantar ke Balai Polis Swaroop Nagar bagi tujuan prosedur bedah siasat, namun sebaik polis tiba untuk mengambil mayat, mereka terkejut apabila mendapati Vinod masih hidup," katanya.Dalam pada itu Sanjay memaklumkan, kesilapan tersebut berpunca daripada dokumentasi tidak tepat apabila doktor junior terbabit secara tidak sengaja mengisi fail pesakit yang salah.Susulan itu rekod berkenaan telah diperbetulkan dan dihantar semula kepada pihak polis.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description