Trend online ke kedai fizikal
10 小时前
OPERASI perniagaan secara dalam talian yang dilabel sebagai ancaman bagi sesetengah pengusaha, tidak merencatkan perkembangan pembukaan kedai fizikal apabila kini, pemilik perniagaan yang bermula secara digital pula dilihat mula kembangkan perniagaan jualan secara fizikal.Ia susulan beberapa nama besar usahawan tempatan yang diketahui umum mampu menjana hasil memberangsangkan hanya melalui jualan dalam talian, mengambil langkah tersebut sebagai fasa baharu pertumbuhan perniagaan mereka.Dari sudut ekonomi dan perniagaan, ia bukan sekadar simbol kejayaan jenama dalam talian, sebaliknya mencerminkan perubahan struktur kos, corak permintaan pengguna serta tekanan persaingan dalam ekosistem digital.Dalam keadaan tersebut, kedai fizikal bukan hanya berfungsi sebagai saluran jualan tambahan, tetapi juga sebagai aset pemasaran jangka panjang yang membina kepercayaan pengguna, mengukuhkan jenama dan mengurangkan kebergantungan kepada iklan digital.Dari perspektif ekonomi pengguna, terdapat petunjuk bahawa sebahagian pembeli semakin menghargai pengalaman fizikal selepas tempoh panjang bergantung kepada e-dagang.Pengguna ingin menyentuh, mencuba dan berinteraksi secara langsung dengan produk, terutamanya bagi barangan bernilai tinggi atau melibatkan cita rasa dan keselesaan.Seperti langkah dilakukan jenama kecantikan tempatan, NOIR yang melancarkan flagship pertamanya baru-baru ini, selepas hampir sembilan tahun membina empayar dalam pasaran digital.Operasi perniagaan secara fizikal melibatkan produk kosmetik tentunya bakal memberi pengalaman berbeza buat pelanggan dan ini diakui oleh pengasasnya, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Madammu.Bahkan, beliau melihat perkembangan NOIR beroperasi secara fizikal sebagai strategi baharu pemasaran jenamanya dengan menyasarkan 2 juta pelanggan baharu dalam tempoh setahun.Namun, kecenderungan pembukaan kedai fizikal tidak semestinya mencerminkan kebangkitan penuh runcit fizikal, sebaliknya lebih kepada pendekatan hibrid membolehkan pengguna menggabungkan carian dalam talian dengan pembelian di kedai.Ini diakui oleh Penganalisis Ekonomi dari University College i-CATS, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor, memandangkan trend pembelian dalam talian masih terus meningkat.Bagaimanapun katanya, masih terdapat pengguna yang mementingkan kepuasan membeli secara fizikal membuatkan pembukaan kedai fizikal masih relevan dan mampu berdaya saing."Kerana itu masih banyak pusat membeli belah yang baru dibuka di Kuala Lumpur misalnya. Pembukaan premis-premis perniagaan fizikal ini tentunya kerana ada permintaan."Ada peniagaan tertentu yang masih boleh bergantung dengan jualan fizikal, tapi disokong dengan pendekatan secara digital," katanya kepada Sinar Harian.Beliau menambah, jualan secara dalam talian sesuai untuk peniaga yang baru mula bertapak dan mempunyai kekangan modal.Namun beliau tidak menolak trend operasi perniagaan dari kedai dalam talian ke jualan secara fizikal dijangka berkembang lebih-lebih lagi bagi peniaga dalam talian yang sudah membina jenama dengan kukuh."Seperti yang dilakukan pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang ambil langkah membuka perniagaan secara fizikal meskipun jualan dalam talian dilihat begitu kukuh."Kalau peniaga baharu, modal tak banyak, dia boleh guna segmen dalam talian dan bina jenama. Tapi kalau ada modal dan rasa dengan kedai fizikal ni boleh berinteraksi dengan pelanggan, mungkin boleh gunakan fizikal tapi dengan syarat, kos operasi tak tinggi dan mampu maksimumkan untung. Jadi, peniaga kena bijak tentang tingkah laku pelanggan," katanya.Bagaimanapun jelas beliau, kebangkitan operasi perniagaan sama ada dalam talian mahupun secara fizikal masing-masing memberi sumbangan signifikan dalam pasaran ekonomi, khususnya melibatkan sektor pekerjaan."Setiap segmen perniagaan mempunyai skop pekerjaan masing-masing. Bagi operasi dalam talian, jualan yang meningkat memerlukan lebih ramai pekerja pembungkusan dan penghantaran, begitu juga operasi secara fizikal yang memerlukan pelayan," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

