Ini dalaman VW ID. Polo, 4 tingkat dan sederet butang pada stereng!
3 天前
Volkswagen bakal memperkenalkan model elektrik kompak baharu ID. Polo. Selepas tampil dengan sejumlah gambar samaran VW berkongsi gambar sebenar bahagian dalaman model ini.
VW memakluman reka bentuk dalaman berasaskan maklum balas pelanggan dan menekankan penggunaan butang fizikal.
Ini satu yang menarik di tengah-tengah trend butang digital dan arahan suara untuk EV.
Struktur menu juga lebih ringkas serta corak operasi yang sudah biasa dengan pengguna kenderaan VW, tetapi diperkemas untuk era elektrik.

Konsep terbaharu ini sebenarnya dibangunkan untuk semua model ID. baharu VW, dengan ID. Polo berperanan sebagai pembuka tirai.
Ciri-ciri dalaman baharu:
Susun atur paparan yang lebih jelas dan mudah difahami Penambahan butang fizikal untuk fungsi penting Reka bentuk stereng pelbagai fungsi dengan kawalan butang tersusun Penggunaan bahan berkualiti tinggi, termasuk bahan kitar semula Permukaan papan pemuka dan panel pintu berlapik fabrik untuk rasa premiumGabungan ini bertujuan mewujudkan suasana dalaman yang mesra, selesa dan berkualiti tinggi, meskipun ID. Polo berada dalam segmen kecil dan kompak.
Seni Bina Kokpit Mendatar dengan Dua Paparan Besar

Seni bina kokpit ID. Polo menampilkan orientasi mendatar yang jelas, dengan dua paparan utama disusun dalam satu garis pandangan:
Skrin instrumen digital bersaiz 10.25 inci untuk pemandu Skrin sentuh maklumat hibur bersaiz hampir 13 inci di tengah, antara yang terbesar dalam segmenSkrin resolusi tinggi ini direka untuk mudah diakses bukan sahaja oleh pemandu, malah penumpang hadapan.
Di bawah skrin maklumat hibur, Volkswagen menempatkan butang berasingan untuk kawalan pendingin hawa dan lampu kecemasan, ciri fizikal yang digemari pengguna.

Turut diperkenalkan ialah:
Tombol berputar (rotary controller) untuk audio, di antara ruang telefon pintar dan pemegang cawan Kawalan ini membolehkan pelarasan bunyi serta pertukaran lagu atau stesen dengan mudah oleh pemandu dan penumpangDi sebalik penekanan pada kawalan fizikal, stereng ID. Polo sarat dengan butang sehingga empat tingkat atau lapis pada kedua-dua jari kanan dan kiri!

ID.Light Dipertingkat, Kini Merentasi Papan Pemuka dan Pintu
Selain kawalan digital, kereta hari ini juga dilanda trend lampu suasana.
Sistem ID.Light yang berfungsi sebagai jalur cahaya interaktif turut dipertingkatkan. Jika sebelum ini ia hanya merentasi bahagian bawah cermin hadapan, kini ia:
Merentasi keseluruhan papan pemuka Dilanjutkan ke panel pintu hadapan buat kali pertamaFungsi ini terus berperanan sebagai elemen komunikasi visual, menyampaikan maklumat dan isyarat kepada pemandu secara intuitif.

Perisian Generasi Baharu Tingkatkan Keselesaan dan Fungsi
ID. Polo turut menjadi platform pertama Volkswagen yang tampil dengan perisian generasi baharu, yang membawa beberapa fungsi tambahan penting, antaranya:
One-pedal driving untuk pemanduan lebih santai Sistem bantuan parkir termaju Pilihan Travel Assist generasi ketiga, yang mampu mengenal pasti lampu isyarat merah dan papan tanda berhentiPenambahbaikan ini direka untuk meningkatkan keselesaan harian serta menyokong pemanduan separa automatik dengan lebih lancar.
Meter Retro: Sentuhan Emosi Era Golf Pertama

Satu elemen unik yang digelar sebagai Secret Sauce oleh pasukan reka bentuk Volkswagen ialah paparan retro pada panel instrumen digital.
Rekaan meter ibarat kembali ke era 80-an namun dibuat dalam bentuk digital.
Dengan hanya satu sentuhan butang pada stereng atau melalui sistem maklumat hibur, skrin digital boleh bertukar kepada rekaan klasik.

Rupa grafik ini diinspirasikan terus daripada Golf generasi pertama era 1980-an
Ciri ini bukan sekadar kosmetik, tetapi bertujuan mewujudkan hubungan emosi antara pengguna dan kenderaan, menggabungkan warisan VW dengan teknologi moden.
VW ID. Polo bakal dilancarkan pada tahun ini dan khabarnya pada harga yang mampu milik untuk pasaran Eropah.

Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

