Amanz

2 天前

Amanz
Untuk pembina PC pada tahun ini, diantara isu yang pastinya akan membelenggu mereka ialah kesukaran untuk mendapatkan komponen-komponen baru pada harga mampu milik. Kini kita sudahpun dapat melihatkan bahawa komponen memori DDR5 sudah meningkat beberapa kali ganda, dan tidak lama lagi, mungkin tanda harga kad grafik juga akan terkesan kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan memori cip GDDR7 yang digunakan pada kad grafik terbaru.

Baru-baru ini, kami telah melaporkan tentang ura-ura bahawa NVIDIA akan membawa kembali kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 (konfigurasi memori tidak diketahui lagi) untuk mengisi kekosongan yang bakal tiba akibat kekurangan kad grafik yang lebih baru.

Di acara CES 2026, individu-individu penting dari AMD (David McAfee, Pengurus Besar bahagian Ryzen dan Radeon) dan CEO NVIDIA, Jensen Huang telah ditemubual oleh pihak Tom’s Hardware yang menanyakan soalan kepada mereka, sama ada kedua-dua syarikat ini akan membawa kembali komponen dan perkakasan lama untuk mengisi permintaan pelanggan.

Bermula dengan David McAfee, beliau mengatakan ada kemungkinan besar bahawa AMD akan memperkenalkan kembali siri cip pemprosesan AMD AM4 (AMD Ryzen 5000) dan siri APU AMD AM3 (AMD Ryzen 3000) untuk membolehkan orang ramai membina komputer menggunakan memori DDR4 yang tidak begitu terkesan dengan kenaikan harga kompJionen memori.

Dalam pada itu, Jensen Huang pula mengatakan bahawa idea untuk membawa kembali model-model kad grafik lama mungkin adalah sesuatu yang baik, kerana ia mungkin boleh dimuatkan dengan teknologi AI dan grafik terbaru seperti DLSS 4.5. Beliau mengatakan bahawa memperkenalkan teknologi ini kepada komponen “lama” mungkin akan memerlukan kemampuan kejuruteraan yang mendalam, tetapi ia adalah satu idea yang baik.

Jika benar, mungkin ini bermakna kita akan melihat kembalinya komponen-komponen yang dilancarkan 3-4 tahun yang lepas tetapi hadir dengan teknologi baru. Ini juga mungkin bermakna bahawa ia benar bahawa NVIDIA akan mula menjual ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description