Amanz

1 天前

Amanz
Pinterest, salah satu platform yang mengalakkan perkongsian gambar, kini menyatakan akan mengurangkan 15% tenaga kerja mereka pada tahun ini. Langkah ini adalah selari dengan fokus syarikat berkenaan dalam memfokuskan kepada kecerdasan buatan.

Pinterest menyatakan langkah ini adalah dalam usaha membolehkan sumber digunakan untuk pembangunan produk dan ciri-ciri dikuasakan AI. Selain pada produk, Pinterest juga sedang melihat kembali kepada strategi jualan dan pemasaran mereka.

Setakat tahun lepas, Pinterest mempunyai seramai lebih 4,500 pekerja di seluruh dunia. Platform berkenaan kini digunakan oleh lebih 600 juta pengguna seluruh dunia, dan Pinterest mengatakan mereka kini mendahului pasaran dalam arena carian visual, selain turut membantu pengguna dalam pembelian dikuasakan AI.

Dengan pengumuman ini, Pinterest menjadi syarikat teknologi terkini yang turut mengurangkan tenaga kerja mereka dalam fokus terhadap AI.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description