Amanz
11 小时前
Paten tersebut ialah untuk teknologi alat kawalan permainan yang hadir dengan input sesentuh secara sepenuhnya, tanpa sebarang butang fizikal. Kawasan sesentuh ini hadir dengan beberapa ciri menarik tersendiri, seperti kebolehan untuk mengubahsuai kedudukan dan jumlah butang-butang yang diperlihatkan pada permukaan sesentuh tersebut.

Permukaan sesentuh dengan “butang” ini diperlihatkan di bahagian hadapan dan juga belakang alat kawalan, membolehkan pengguna untuk mengubahsuai pelbagai jenis tetapan mengikut keselesaan pengguna dan juga keperluan butang untuk permainan tersebut.

Dalam pada itu, permukaan ini juga boleh menjejak pelbagai jenis input, termasuklah ketikan, cubit, leretan dan mampu membezakan input yang dimasukkan menggunakan pad arah ataupun kayu ria. Ia juga hadir dengan fungsi pra-sentuhan (pre-touch) yang boleh menjejak sentuhan apabila jari menghampiri permukaan sesentuh.
Buat masa ini, Sony hanya memfailkan dan telah dianugerahkan paten ini, tetapi tiada pelan untuk memperkenalkannya sebagai produk untuk dijual pada masa akan datang.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

