Amanz
1 天前
Dari segi rekaan, fon kepala ini dilihat cukup minimalis sekali, tanpa corak-corak garang seperti yang dapat diperlihatkan pada banyak fon kepala lain. Ia hadir dengan pemandu audio bersaiz 32mm dan mampu memperdengarkan audio dalam permainan pada pelbagai arah dengan bantuan codec audio 24bit, sesuai sekali dengan pelbagai jenis permainan solo ataupun multi-pemain seperti genre FPS, MOBA dan sebagainya.

Fon kepala ini juga hadir dengan sokongan untuk dua jenis sambungan nirwayar, termasuklah Bluetooth 5.2 dan juga Lightspeed yang menggunakan penyesuai WiFi USB untuk sambungan lebih pantas dan juga kualiti audio yang lebih baik. Logitech juga mengatakan bahawa pengguna boleh mengubah sambungan diantara Bluetooth dan Lightspeed dengan cepat melalui butang pertukaran sambungan.

Dalam pada itu, Logitech G325 Lightspeed ini juga hadir dengan mikrofon beam-forming terbina, sebuah sistem mikrofon terbina yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan rakan-rakan atas-talian, tetapi membatalkan bunyi hingar persekitaran dengan cekap.
Penyesuaian ciri fon kepala ini juga dilakukan melalui perisian Logitech G Hub yang sudahpun terpasang sekiranya anda memiliki aksesori-aksesori Logitech yang lain sebelum ini.
Logitech telah mula menawarkan fon kepala Logitech G325 Lightspeed di pasaran tempatan melalui pengedar-pengedar produk rasmi pada harga RM429.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

