SUV Kompak Tapi Lengkap, Mitsubishi Xforce Tampil Dengan Ciri ‘Best-in-Class’ | Branded - Oh! Media
1 天前
Ini merupakan sebuah SUV kompak yang direka untuk gaya hidup moden, menggabungkan prestasi, keselesaan, keselamatan dan didatangkan pada harga berpatutan.

Model ini sesuai untuk mereka yang perlukan kenderaan praktikal untuk harian, dalam masa yang sama tampil dengan rupa, teknologi dan pengalaman pemanduan yang lebih berkelas.
Dari segi kejuruteraan, Xforce dibina dengan legasi lebih 100 tahun teknologi Jepun. Ketepatan pembuatan, ketahanan jangka panjang dan prestasi konsisten menjadi DNA utama.
Luas, selesa untuk seisi keluargaDari segi keselesaan, kabin Xforce sangat luas untuk sebuah SUV kompak. Tempat duduk belakang boleh dilaraskan sehingga 8 tahap, sesuai untuk perjalanan jauh bersama keluarga yang diiktiraf terbaik dalam kelasnya.
Ruang simpanan pula sangat praktikal dengan 23 ruang storan termasuk kotak penyejuk di konsol tengah.
Sistem infotainmen 12.3 inci pula tampil moden dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, lengkap dengan sistem bunyi premium Dynamic Sound oleh Yamaha.
Untuk keselesaan udara dalam kabin, model ini turut dilengkapi sistem penyaman udara dual zone yang dipadankan dengan Nanoe X dari Panasonic.
4 mod pemanduan
Dari aspek pemanduan, Mitsubishi sememangnya terkenal dengan pengendalian mantap dan kawalan yang stabil.
Xforce juga antara yang terawal dalam kelasnya menawarkan 4 mod pemanduan: Normal, Wet, Gravel dan Mud. Ini memberi keyakinan lebih sama ada memandu di jalan bandar, hujan lebat, jalan berpasir atau laluan tidak rata.
Xforce mengekalkan ciri ini dengan sistem Active Yaw Control yang membantu kestabilan ketika mengambil selekoh, serta cengkaman jalan yang lebih meyakinkan dalam pelbagai keadaan.
Ditambah pula dengan jarak kelegaan tanah (ground clearance) setinggi 222mm (terbaik dalam kelas), sesuai untuk pelbagai kondisi jalan di Malaysia.
Ciri praktikal lain termasuk pintu belakang berkuasa dengan fungsi ‘kick motion’, kamera 360 darjah (All-Round Monitor), serta sensor hadapan dan belakang untuk memudahkan parkir.
Dilengkapi aspek keselamatan serba lengkap
Dari aspek keselamatan, Mitsubishi Xforce dilengkapi pakej lengkap Mitsubishi Motors Safety Sensing (ADAS) seperti Forward Collision Mitigation, Adaptive Cruise Control, Lane Change Alert, Rear Cross Traffic Alert, Automatic High Beam dan banyak lagi.
Mitsubishi Xforce ini baru dilancarkan dan kami diberi peluang untuk melihat lebih dekat setiap ciri dan rekaan model ini dalam satu acara di Petaling Jaya, tempoh hari.
Pihak media diberi peluang mendekati dan diberi penerangan serta ciri yang terbina untuk model terbaru ini.
Secara keseluruhan, Mitsubishi Xforce bukan sekadar SUV kompak biasa. Ia membawa gabungan gaya, teknologi, keselesaan dan kejuruteraan Jepun, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan kenderaan serba lengkap untuk gaya hidup moden.

Xforce ini dibuka untuk tempahan dengan 2 varian tersedia iaitu Ultimate dan Urban dengan harga bermula RM110,000. Paling best, model ini juga disediakan dengan waranti 5 tahun tanpa had mileage.
.]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

