Pembinaan bangunan tambahan Masjid Al-Ehsan tampung keperluan jemaah kian meningkat
17 小时前
KUALA KRAI - Masjid Al-Ehsan Mukim Kampung Belanga di sini yang telah berusia lebih tiga dekad kini memerlukan pembinaan bangunan tambahan tiga tingkat bagi menampung keperluan jemaah yang semakin meningkat, sejajar pertambahan penempatan baharu di kawasan sekitar.Setiausaha Tabung Pembinaan Masjid Al-Ehsan, Tengku Abdullah Tuan Kechik berkata, masjid berkenaan mula dibina pada tahun 1989 dan siap sepenuhnya pada 1991 dengan kos RM100,000 yang diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan.Menurut beliau, masjid tersebut berdiri di atas tanah wakaf seluas 710 meter persegi milik Allahyarham Tok Che Mat @ Che Mat Sarah dan ketika ini hanya mampu menampung sekitar 300 jemaah pada satu-satu masa."Namun, dengan pertambahan lebih 500 lot penempatan baharu, kehadiran jemaah semakin meningkat, khususnya pada hari Jumaat dan musim cuti sekolah apabila ramai anak perantau pulang ke kampung," katanya.Ujar beliau, struktur bangunan semakin uzur, ruang solat sempit serta kemudahan asas yang tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa antara faktor utama mendorong pembinaan bangunan tambahan tersebut.Katanya, ruang wuduk dan tandas yang kecil sering menjadi cabaran apabila bilangan jemaah meningkat, selain kekurangan ruang khas untuk aktiviti pengajian, program kemasyarakatan dan dakwah.Tambah beliau, masyarakat setempat telah bersepakat untuk membina bangunan tambahan tiga tingkat di tapak bersebelahan masjid lama, yang akan disambungkan dengan struktur asal, manakala bumbung masjid sedia ada pula akan diganti sepenuhnya demi keselesaan dan keselamatan jemaah.Menurutnya, reka bentuk bangunan baharu itu dirancang secara menyeluruh dengan mengambil kira fungsi masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan dan kemasyarakatan, termasuk penyediaan ruang solat lebih luas, sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik, kemudahan wuduk serta tandas yang lebih moden dan teratur."Selain itu, ia turut menyediakan ruang khas untuk aktiviti komuniti bagi menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu, pembangunan sahsiah dan pengukuhan ukhuwah masyarakat," katanya.Tengku Abdullah memberitahu, Masjid Al-Ehsan yang baharu nanti akan dilengkapi pelbagai fasiliti antaranya ruang solat, bilik imam, IT, pengurusan jenazah, ruangan mesyuarat, dapur memasak, mini perpustakaan, stor serta laluan mesra orang kurang upaya (OKU).Jelas beliau, jumlah keseluruhan dana yang diperlukan bagi projek pembinaan bangunan tambahan itu ialah RM5.2 juta, namun setakat ini hanya RM574,000 berjaya dikumpulkan, menjadikan baki dana diperlukan sebanyak RM4.6 juta."Sehubungan itu, pihak pengurusan amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi merealisasikan pembinaan bangunan tambahan ini demi keselesaan jemaah dan manfaat jangka panjang kepada masyarakat setempat," katanya.Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari laman web www.infaqmasjidalehsankgbelanga.com, menghubungi 017-954 6534 (Habiballah Hassan), 019-912 5160 (Tengku Abdullah Tuan Kechik) atau 017-958 7749 (Shamshuddin Ibrahim).Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 0307 2010 1433 59 dan Maybank 5530 2965 8623 atas nama Tabung Pembinaan Bangunan Masjid Al-Ehsan atau mengikuti perkembangan terkini melalui Facebook Masjid Al-Ehsan Kampung Belanga....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

