'Lelaki duyung’ menari di gerai jual air balang ditahan, terima upah RM200
16 小时前
KOTA BHARU – Lelaki berpakaian menyerupai ikan duyung yang dirakam berjoget di hadapan sebuah gerai air balang di Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu telah ditahan di rumahnya di Chetok, Pasir Mas pada Isnin.Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 24 tahun itu dikatakan menerima bayaran sebanyak RM200 bagi tujuan menarik perhatian pelanggan dan melariskan jualan minuman tersebut."Tarian dan aksi itu dikatakan dirakam sehari sebelum Ramadan dan videonya disiarkan pada hari pertama puasa."Pihak JAHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan) telah mengambil tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan satu kertas siasatan telah dibuka serta tindakan lanjut telah diambil mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.Menurut beliau, keterangan telah direkodkan dan lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 19 iaitu lelaki berlagak perempuan dan Seksyen 21 iaitu perbuatan tidak sopan mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.Ujarnya, selepas proses dokumentasi dan siasatan awal selesai, suspek telah dilepaskan dengan bon jaminan penguatkuasaan dan diarahkan hadir semula pada 8 Jun ini bagi tujuan prosiding seterusnya.Mohamed Fadzli memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri menegaskan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan nilai syariah serta norma masyarakat akan ditangani dengan tegas, berhemah dan mengikut lunas undang-undang.Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan peniaga air balang terbabit tidak dikenakan sebarang tindakan kerana perniagaannya berlesen."Pada Ahad selepas menerima laporan, kami terus ke lokasi khemah dan memberi notis supaya video tersebut dipadamkan dan ia telah dipadamkan."Kami tidak mengenakan kompaun kerana peniaga itu berlesen. Namun kami dimaklumkan peniaga itu hanya membuka jualan pada hari pertama Ramadan dan sehingga hari ini tidak berniaga serta dimaklumkan khemah terbabit kosong," katanya.Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang lelaki berpakaian menyerupai ikan duyung dirakam berjoget di hadapan sebuah gerai air balang dipercayai di Pengkalan Chepa.Aksi lelaki berkostum berwarna terang itu tular menerusi video berdurasi 26 saat di media sosial yang memaparkan dirinya menari dipercayai bagi tujuan menarik perhatian pelanggan dan melariskan jualan minuman.Aksi tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan sebahagian menyifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak sensitif terhadap suasana Ramadan, selain dianggap tidak menghormati norma masyarakat setempat....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

