Elak tindakan sentuh sensitiviti kaum, agama - Wan Rosdy

11 小时前

Elak tindakan sentuh sensitiviti kaum, agama - Wan Rosdy
KUANTAN - Tindakan seorang mahasiswa yang dikaitkan dengan perbuatan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW serta kesucian al-Quran amat mendukacitakan.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lebih sensitif lagi apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia.Justeru menurutnya, sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama tidak boleh dipandang ringan kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan, menjejaskan keharmonian serta merosakkan asas perpaduan yang telah lama dibina di negara ini."Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta pihak universiti untuk menjalankan siasatan dan menguruskan kes ini secara menyeluruh, telus dan berlandaskan undang-undang serta peraturan."Saya juga menasihatkan orang ramai, khususnya golongan muda agar sentiasa berfikir panjang dan berhati-hati dalam setiap tindakan serta perkongsian, terutamanya di ruang awam dan media sosial," katanya melalui kenyataan pada Rabu.Wan Rosdy turut menasihatkan semua pihak agar elak daripada terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menggugat keharmonian, kestabilan dan perpaduan masyarakat."Marilah kita bersama-sama memelihara semangat saling menghormati, memahami perbezaan serta menjunjung nilai kesopanan dan toleransi demi kesejahteraan negeri Pahang dan negara tercinta," katanya.Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, tindakan memperlekehkan kepercayaan atau kelompok tertentu boleh menyinggung perasaan masyarakat dan mencetuskan ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negeri yang mengutamakan perpaduan."Macam mana kalau orang kata awak, orang perlekehkan peribadi, kepercayaan,atau kumpulan awak? Macam mana rasa?"Begitu juga rasa orang lain..perbuatan itu sebenarnya boleh menyinggung orang Islam ataupun orang Melayu, dan perkara ini tak sepatutnya berlaku," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.Mengulas lanjut, Syed Ibrahim memberitahu, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Wan Rosdy selama ini sudah mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum melalui sikap saling memahami.Justeru, semua pihak perlu mengelakkan kenyataan atau tindakan yang melampaui garis sensitiviti kerana ia boleh mengeruhkan hubungan masyarakat dan menjejaskan kestabilan negeri."Kita perlu menjaga hubungan antara kaum, agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik dengan mengurangkan jurang perbezaan yang boleh menimbulkan perselisihan."Dengan saling memahami, kita dapat mengelak daripada melanggar garis-garis merah antara satu sama lain," jelasnya.Pelajar universiti berusia 21 tahun itu sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung hantaran tular di media sosial yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap agama.Penahanannya disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat tindakan pelajar terbabit.Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description