Amanz

1 天前

Amanz
Setelah melancarkan sejumlah komputer desktop dan komputer riba gaming pada awal tahun ini, mereka kini juga telah memperkenalkan tiga buah paparan skrin gaming baharu dibawah jenama ROG STRIX, termasuklah ASUS STRIX XG27AQDMG Gen2, ASUS STRIX XG27ACDMS dan ASUS STRIX XG27AQDMES.

Bermula dengan ASUS STRIX XG27AQDMG Gen2, paparan skrin ini menggunakan panel WOLED bersaiz 27 inci dengan resolusi 2560×1440 yang hadir dengan kadar segar semula 240Hz dan nilai kecerahan setinggi 1300 nit dengan sokongan DisplayHDR 400 TrueBlack dan hadir dengan kemasan TrueBlack Glossy untuk paparan hitam yang benar-benar gelap.

ASUS STRIX XG27ACDMS dan ASUS STRIX XG27AQDMES pula menggunakan panel QD-OLED dengan resolusi yang sama, dimana model XG27ACDMS hadir dengan kadar segar semula 280Hz dan nilai kecerahan 1000 nit dengan sokongan DisplayHDR 400 TrueBlack, manakala XG27AQDMES mempunyai kadar segar semula 240Hz dengan nilai kecerahan 400 nit.

Ketiga-tiga paparan ini hadir dengan ciri OLED Care Pro dengan Neo Promiximity Sensor yang akan mengurangkan kecerahan apabila pengguna beredar dari komputer untuk mengurangkan isu OLED burn-in yang dilihat sering membelenggu banyak paparan skrin yang menggunakan panel OLED.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah paparan-paparan skrin ini akan dijual, tetapi tanda harga untuk beberapa pasaran tertentu sudahpun diperlihatkan. ASUS STRIX XG27AQDMG Gen2 hadir dengan tanda harga $649, manakala ASUS STRIX XG27ACDMS ditetapkan pada harga $669 dan ASUS STRIX XG27AQDMES pada $599.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description