Amanz

19 小时前

Amanz
Apple AirPods Max 2 dilancarkan hari ini dengan ia adalah kemas kini pertama dilakukan ke atas fon kepala yang dilancarkan pada tahun 2020. Sebelum ini hanya dikemas kini dengan port pengecasan USB-C. AirPods Max 2 mengekalkan rekabentuk asal cawan telinga diperbuat daripada aluminium dan bahagian angkup telinga dilitupi bahan fabrik berjaring.

Fon kepala ini dilengkapi cip Apple H2 sama seperti AirPods Pro 3 bagi memberikan kemampuan pembatalan hingar ANC 1.5 kali ganda lebih baik berbanding model asal. Ia masih menyokong audio spatial, audio nirhilang, mod tembus dan mod ANC adaptive. Dengan sekali caj AirPods Max 2 boleh berfungsi sehingga 20 jam sekiranya ANC diaktifkan. Sokongan audio nirhilang adalah menerusi sambungan kabel USB-C sahaja.

Walaupun hampir enam tahun sudah berlalu, Apple masih tidak memberikan bekas simpanan tertutup untuk AirPods Max 2. Sebaliknya ia masih lagi menggunakan Smart Case sebagai tempat simpanan yang terdedah dan tidak mempunyai sebarang piawaian kalis air.

Di Malaysia, AirPods Max 2 dijual pada harga RM2299 yang lebih murah berbanding RM2399 untuk AirPods Max asal. Bila ia akan mula dijual di Malaysia belum lagi diumumkan tetapi ia ditawarkan dalam lima pilihan warna Blue, Purple, Midnight, Starlight dan Orange. Pembeli AirPods Max 2 turut menerima langganan percuma Apple Music selama 3 bulan.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description